ONG YOKE LIN, TUN | Ong Yoke Lin, Tun (1923-2010), menteri kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu. Beliau juga dikenali dengan nama Islam sebagai Omar Ong Yoke Lin. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SULTAN MUZAFFAR SYAH I | Sultan Muzaffar Syah I ( ?–1179) ialah Sultan Kedah yang pertama (1136–1179). Nama baginda sebelum memeluk agama Islam ialah Maharaja Derbar Raja atau Raja Phra Ong Mahawangsa. Pusat pentadbiran Kedah terletak di Bukit Meriam, Kuala Muda dan nama Kedah pula pada masa itu ialah Qalha. Sultan Muzaffar Syah I terkenal kerana usaha-usaha baginda mengembangkan agama Islam di Kedah. | UMUM | |
SUPP | SUPP, parti politik yang pertama ditubuhkan di Sarawak. SUPP ialah singkatan Sarawak United People’s Party. Parti ini ditubuhkan oleh orang Cina pada 12 Jun 1959, bagi menjaga kepentingan komuniti Cina. Parti ini dipimpin oleh Ong Kee Hui dan Stephen Yong. Penubuhan parti ini adalah hasil daripada kegiatan politik orang Cina dan dasar British sendiri. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
SULTAN MUZAFFAR SYAH I | SULTAN MUZAFFAR SYAH I ( ? -1179), Sultan Kedah yang pertama (1136-1179). Baginda adalah Sultan Kedah yang pertama memeluk Islam. Nama baginda sebelum Islam ialah Maharaja Derbar Raja atau Raja Phra Ong Mahawangsa. Pada masa itu, pusat pentadbiran Kedah terletak di Bukit Meriam, Kuala Muda. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |