Sardoniks ialah sejenis kalsedoni, iaitu bentuk mineral kuarza yang berira halus. Kebanyakan sardoniks mempunyai lingkaran yang lurus atau melengkung sedikit, berwarna perang kemerahmerahan dan putih. Sumber utama sardoniks ialah Brazíl, Uruguay dan India. Sardoniks merupakan salah satu daripada batu permata yang kurang mahal. Ia digunakan pada cincin dan barang kemas lain. Tukang emas memotongnya rasa atau berbentuk kubah untuk memaparkan lingkaran warnanya. Kameo kadangkala dipotong dari sardoniks untuk mendapatkan lapisan warnanya. Sardoniks adalah salah satu permata kelahiran bulan Ogos. Lihat juga Kalsedoni; Oniks; Permata. |