PERSEKUTUAN PERSETIAAN MELAYU KELANTAN, pertubuhan orang Melayu Kelantan yang memperjuangkan hak orang Melayu. Pertubuhan ini telah dikenal sebagai Persetiaan Melayu dan ditubuhkan pada 9 Februari 1940. Ibu pejabat pertubuhan ini terletak di Opis Panjang, Jalan Sultanah Zainab, Kota Baharu. Keahliannya dibuka kepada anak Melayu jati Kelantan sahaja. Presidennya yang pertama ialah Tengku Mahmud bin Muhammad. Pertubuhan ini diasaskan bersama-sama 34 orang ahli yang diberi taraf sebagai jawatankuasa kehormat (walaupun tidak memegang sebarang jawatan) dan keahlian mereka adalah seumur hidup. Persetiaan Melayu mempunyai cawangan di setiap jajahan di Kelantan.
Thanks for clicking. That felt good.