OPTIK GENTIAN | Optik gentian ialah cabang fizik yang berasaskan penghantaran cahaya menerusi gentian lut sinar daripada kaca atau plastik. Optik gentian ini boleh membawa cahaya pada jarak yang berbeza-beza daripada beberapa sentimeter hingga kepada melebihi 160 kilometer. Gentian ini berfungsi secara individu atau dalam berkas. Sesetengah gentian individu diameternya kurang daripada 0.004 milimeter. | UMUM | |
OPTIK | Optik ialah cabang fizik dan kejuruteraan yang berkenaan dengan sifat-sifat cahaya. Ia menerangkan bagaimana cahaya dihasilkan, bagaimana cahaya dihantar, dan bagaimana cahaya boleh dikesan, diukur, dan digunakan. Optik termasuklah kajian tentang cahaya nampak dan sinar inframerah dan ultraungu, yang kedua- duanya tidak boleh dilihat. | UMUM | |
CAKERA OPTIK | | UMUM | |
GENTIAN OPTIK | Tiub halus boleh lentur yang diperbuat daripada kaca atau bahan lut sinar lain seperti plastik. | FIZIK | Alat/Alatan |
ILUSI OPTIK | Ilusi optik. Apabila kita memandang jalan yang panjang dan lurus, kelihatan jalan itu semakin jauh semakin sempit. | UMUM | Umum |
OFTALMOSKOP | Oftalmoskop ialah alat optik untuk memeriksa bahagian dalam mata. Ahli oftalmologi dan ahli optik boleh mendiagnosis banyak keadaan mata dengan menggunakan oftalmoskop untuk memeriksa ketaknormalan dalam mata. | UMUM | |
ABERASI | Aberasi , dalam sains optik ialah kegagalan sinar cahaya untuk memfokus dengan betul selepas melalui lensa atau memantul daripada cermin. | UMUM | Umum |
SEKSTAN | Sekstan ialah alat optik yang mengukur jarak sudut di antara dua titik, seperti di antara matahari dengan garisan ufuk. Sekstan juga digunakan untuk pengemudian dan kaji selidik. Alat ini dinamakan menurut bentuknya iaitu lebih kurang satu per enam daripada satu bulatan. Bingkai sekstan menyokong satu lengkok (arka) yang bersenggat, lengan indeks yang boleh digerakkan yang mewakil radius bulatan itu, dua cermin dan satu teleskop kecil. | UMUM | |
PERISKOP | Periskop ialah alat optik yang membolehkan seseorang membuat pemerhatian dari satu jarak atau dari satu sudut. Periskop yang mudah mengandungi satu tiub panjang dengan cermin pantul atau prisma di setiap hujungnya. Permukaan pantul ini selari antara satu sama lain, dan diatur pada sudut 45 darjah pada paksi tiub berkenaan. Sesetengah periskop mempunyai kanta untuk membesarkan imej yang dilihat melalui tiub. | UMUM | |
ELIPSOMETER | Alat ukur yang menggunakan teknik optik. | FIZIK | Alat/Alatan |