Optometri ialah profesion yang berkaitan dengan penjagaan penglihatan. Ahli optometri memeriksa kesihatan mata dan penglihatan. Mereka mendiagnosis masalah penglihatan yang menjejaskan keupayaan seseorang untuk melihat objek yang dekat dan jauh dengan jelas dan untuk mengagak jarak. Mereka juga menguji keupayaan mata untuk bekerja bersama dan untuk mengubah fokus dengan mudah. Ahli optometri mempreskripsikan kaca mata dan kanta sentuh untuk membetulkan penglihatan yang rosak. Mereka juga boleh mengesyorkan program terapi penglihatan untuk membantu seseorang mengatasi masalah penglihatan tertentu. Jika ahli optometri mendiagnosis gejala yang menunjukkan penyakit pada mata atau mana-mana bahagian badan yang lain, orang berkenaan dirujuk kepada doktor. |