PERUMPAMAAN | Perumpamaan ialah kiasan yang digunakan untuk memerikan atau menerangkan sesuatu. Ia menonjolkan kesamaan antara dua objek atau idea yang berbeza dengan menggunakan kata penghubung. Kata penghubung ini dalam bahasa Inggeris, biasanya like atau as . Contohnya “He is as hungry as a horse ”, atau She ran like a deer”. | UMUM | |
HUKUM KANUN BRUNEI | HUKUM KANUN BRUNEI, teks undang-undang tradisional Brunei. Undang-undang ini merupakan adunan antara hukum adat resam dengan hukum Islam yang bersumberkan al-Qu’ran dan hadis. Teks Hukum Kanun Brunei disadur atau disusun berdasarkan teks Undang-undang Melaka yang dihasilkan pada zaman kegemilangan Melaka pada akhir abad ke-15. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Karya |
ACAR | ACAR, campuran pelbagai jenis bahan makanan sama ada buah-buahan, sayur-sayuran, telur rebus atau ikan yang dimasak dengan cuka, garam dan gula. | BUDAYA | Konsep |