ORANG ASLI ARAWAK | Orang Asli Arawak ialah Orang Asli Amerika pertama yang ditemui oleh Christopher Columbus pada tahun 1492. Orang Asli Arawak pernah tinggal di kebanyakan pulau di Hindia Barat. Orang Asli Arawak yang tinggal di kawasan timur Cuba dan di Pulau Hispaniola serta Pulau Puerto Rico di Kepulauan Caribbean juga dikenal sebagai Orang Asli Taino. Kumpulan Orang Asli Amerika lain yang menggunakan bahasa Arawak tinggal di Lembangan Sungai Amazon dan kawasan lain Amerika Selatan. | UMUM | |
ORANG ASLI AMERIKA CARIB | Orang Asli Amerika Carib ialah kumpulan suku kaum Orang Asli Amerika di Amerika Selatan yang suka berperang. Kaum ini kebanyakannya tinggal di Lembah Sungai Amazon dan di kawasan tanah pamah Guiana. Perkataan Inggeris cannibal berasal daripada nama Sepanyol. Cannibal merujuk kepada suku kaum ini yang memakan tawanan perang mereka. Lebih kurang pada tahun 1300, kaum Orang Asli Amerika Carib berpindah dari Amerika Selatan ke kepulauan di Laut Caribbean yang kini dikenali sebagai Kepulauan Windward. Mereka menawan kepulauan ini daripada kaum Orang Asli Amerika suku Arawak (lihat Orang Asli Amerika ). | UMUM | |
ORANG ASLI CHEYENNE | Orang Asli Cheyenne ialah satu puak Orang Asli Amerika yang terpisah, iaitu kaum Cheyenne Utara dan kaum Cheyenne Selatan. Lebih kurang 2500 Orang Asli Cheyenne Utara tinggal di kawasan tanah rizab Montana, dan kira-kira 2200 Orang Asli Cheyenne Selatan tinggal di Oklahoma. Ramai juga Orang Asli Cheyenne tinggal dan bekerja di bandar. | UMUM | |
PERANG ORANG ASLI AMERIKA | Perang Orang Asli Amerika ialah peperangan antara Orang Asli Amerika dengan orang kulit putih untuk merebut kawasan tanah subur di Amerika Syarikat. Peperangan ganas ini dijadikan latar belakang pelbagai cerita dan legenda tentang kehidupan dan perkembangan di sempadan Amerika. | UMUM | |
ORANG ASLI AMERIKA | Orang Asli Amerika. Orang yang kini dikenali sebagai Orang Asli atau Peribumi Amerika ialah orang yang mula-mula tinggal di Amerika Utara dan Amerika Selatan. Mereka sudah tinggal di sana selama beribu-ribu tahun sebelum orang Eropah sampai. | UMUM | |
ORANG ASLI TASMANIA | Orang Asli Tasmania kini kebanyakannya berasal daripada kaum wanita puak Orang Asli Australia yang dahulunya dibawa dari Tasmania ke pulau berdekatan di Selat Bass oleh penangkap anjing laut Eropah pada awal tahun 1800-an. Orang Asli Tasmania pada masa itu berjumlah kira-kira 5800 orang. Mereka hidup di seluruh Tasmania, tetapi komunitinya tertumpu di Hobart, Burnie, Launceston, dan Kepulauan Selat Bass. | UMUM | |
JABATAN HAL EHWAL ORANG ASLI | JABATAN HAL EHWAL ORANG ASLI, agensi kerajaan yang ditubuhkan khas untuk mentadbir masyarakat Orang Asli. Jabatan ini juga disebut dengan nama JHEOA. Selain itu, jabatan ini dikenal sebagai Jabatan Orang Asli (JOA). Ibu pejabat jabatan ini di Kuala Lumpur dan terdapat enam buah cawangan jabatan di seluruh negara iaitu cawangan Perak/Kedah, Selangor/Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan/Melaka, Johor, Pahang/Terengganu dan Kelantan. | BUDAYA | Institusi/Organisasi |
ORANG ASLI JÍVARO | Orang Asli Jívaro, puak yang terkenal dengan sifat bengis dan adat mengecutkan kepala. Mereka tinggal di kawasan pergunungan di timur Ecuador. Walaupun Jívaro disebut sebagai satu suku kaum, mereka terbahagi kepada banyak kumpulan kecil yang sering berperang antara satu sama lain. | UMUM | |
DIALEK MELAYU ORANG ASLI | DIALEK MELAYU ORANG ASLI, dialek yang dituturkan oleh Orang Asli di Malaysia sebagai bahasa ibunda. Dialek ini terbahagi kepada empat, iaitu dialek Orang Hulu (Jakun), dialek Temuan, dialek Orang Kanak, dan dialek Orang Seletar. Perlu ditegaskan bahawa kekurangan penyelidikan tentang dialek Melayu Orang Asli mengakibatkan keraguan tentang jumlah dan ciri-ciri dialek tersebut. | BAHASA | Bahasa |
BUNGA PAINTBRUSH ORANG ASLI AMERIKA | Bunga paintbrush Orang Asli Amerika ialah nama bagi lebih kurang 200 spesies bunga liar yang terdapat di kawasan barat Amerika Syarikat. Ia juga dikenali sebagai bunga painted cup. | UMUM | |