Atrium ialah bilik tengah dalam rumah orang Rom awal. Dalam atrium terletak perdiangan yang digunakan untuk memasak, tidur dan berhibur. Satu lubang di tengah-tengah bumbung membolehkan asap keluar. Apabila reka bentuk rumah orang Rom meningkat maju, dapur dan perdiangan dipindahkan ke ruang lain. Atrium kekal sebagai ruang tamu rasmi dan pusat kegiatan keluarga. Air hujan yang masuk melalui lubang di tengah-tengah bumbung ditadah dalam besen marmar yang dikenali sebagai impluvium. A trium orang Rom yang tipikal dan terkemudian dihiasi dengan mewah. Lihat Rom Purba (gambar: rumah orang Rom). |