Surah al-Ahzab ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-33 dalam susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 73 ayat. Surah ini dinamakan dengan al-Ahzab (pasukan-pasukan tentera yang bergabung) kerana orang musyrikin mengepung orang Islam dari setiap penjuru Madinah. Orang-orang kafir Makkah bergabung dengan Bani Ghatfan, Bani Qurayzah dan golongan penghasut Arab untuk memerangi orang Islam. Akan tetapi, Allah S.W.T. menghalau mereka secara hina. Oleh sebab itu, orang-orang Islam memenangi peperangan tersebut dengan mukjizat yang diturunkan oleh Allah S.W.T. yang penuh gemilang. |