Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : orang yg diharapkan, orang harapan, pem­bantu (penolong) yg utama; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Pandang-pandang kanan dan kiri,
     Melintas jalan berkira-kira;
Kurang ringgit boleh dicari,
     Kurang akal habis bicara.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Melangkah kaki kanan.

Bermaksud :

Sampai ke rumah orang ketika tuan rumahnya sedang makan atau baru hendak makan, sehingga kita diajaknya makan bersama-sama.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PANDAK ENDUT

PANDAK ENDUT ( ? -1877), penentang penjajah British.  Dia adalah ipar Dato' Maharaja Lela dan orang kanan dalam pakatan membunuh J.W.W. Birch, Residen British Perak.  Pandak Endut menghadiri mesyuarat yang diadakan di rumah Dato' Maharaja Lela.  Dalam mesyuarat tersebut, Dato' Maharaja Lela memaklumkan yang Sultan Abdullah, Laksamana Wan Muhammad Amin dan Syahbandar Uda Mahamor memberitahu bahawa dalam beberapa hari lagi J.W.W. Birch akan datang ke Pasir Salak dan mereka ditugaskan untuk membunuhnya.  Pandak Endut dilantik sebagai wakil Dato' Maharaja Lela dalam tindakan membunuh J.W.W. Birch. Sebagai tanda kuasa ini, dia dianugerahi satu persalinan yang terdiri daripada baju, tengkolok dan pedang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
DATU ALI

DATU ALI (? -1909), pemimpin Islam di Cotabato, Filipina Selatan pada akhir abad ke-19. Datu Ali dan Datu Piang ialah orang kanan Datu Uto. Pengaruh Sepanyol yang semakin meluas dan kuat menyebabkan kuasa politik Datu Uto menjadi lemah dan penyokongnya mula menjauhkan diri. Penguasaan Sepanyol ke atas Filipina berakhir apabila Perjanjian Paris 1898 dimeterai dan Filipina diserahkan kepada Amerika. Tindakan Sepanyol meninggalkan Cotabato menimbulkan keadaan huru-hara dan ketegangan di kalangan penduduk Cotabato yang beragama Kristian apabila datu-datu di Cotabato berebut-rebut untuk meluaskan kuasa mereka.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
AHMAD HAJI MUHAMMAD ALI

AHMAD HAJI MUHAMMAD ALI (  ?- 1928), Dato’ Syahbandar Sungai Ujong ke-11, dikenal

dengan panggilan Panglima Besar Ahmad. Ahmad asalnya adalah orang kanan Dato’

Syahbandar Tunggal Abdullah bin Mahmud, Datuk Syahbandar Sungai Ujong ke-10.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
DATU PIANG

DATU PIANG (? -1902), pemimpin tradisional di Cotabato, selatan Filipina pada akhir abad ke-19. Dia juga dikenal dengan nama Amai Mengka dan Tuye Tan, mempunyai darah campuran Cina dan Maguindanao. Datu Piang mendapat kepercayaan Datu Uto, orang yang paling berkuasa di lembah Sungai Pulangi atau Cotabato, sehingga dia dilantik sebagai orang kanan Datu Uto untuk mengurus semua harta dan perbelanjaan Datu Uto. Dia juga menantu Datu Ayunan, salah seorang datu yang berpengaruh di Cotabato.

           

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
NABI MUSA A.S.

Nabi Musa a.s. ialah nabi dari kalangan Bani

Israel , juga merupakan (Utusan Allah) bagi mereka.

Namanya ialah Musa ibn ‘Imran tetapi bukan abang

Maryam binti ‘Imran (Ibu Nabi Isa a.s.) seperti

anggapan sesetengah orang. Ini adalah kerana

perbezaan masa di antara kedua-duanya beratus-

ratus tahun. Baginda diutuskan oleh Allah SWT.

kepada Firaun dan kaumnya yang amat

menyombongkan diri dan suka membuat kerosakan.

Baginda juga salah seorang nabi yang paling kerap

disebut dalam al-Qur'an, malah disebutkan kisah

baginda secara terperinci di beberapa tempat dalam

al-Qur'an. Beberapa ayat yang lain turut

menceritakan kehidupan Nabi Musa a.s. secara

ringkas. Antaranya, firman Allah yang bermaksud:

Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam

Kitab (al-Qur'an) ini perihal Nabi Musa;

sesungguhnya dia adalah orang pilihan, dan

seorang Rasul lagi nabi. Dan Kami telah menyerunya

dari arah sebelah kanan Gunung Thur Sina, dan

Kami dampingkan dia dengan diberi penghormatan

berkata-kata dengan Kami. Dan Kami kurniakan

kepadanya dari rahmat Kami, saudaranya Harun

yang juga seorang nabi”.

(Surah Maryam 19:51–53)

UMUM 

Kembali ke atas