Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (luaran) orang yg di luar lingkungan (pekerjaan, golongan, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Kain putih panjang berela,
     Jahit mari benang kasturi;
Hati suka main berdua,
     Orang luar apa peduli.


Lihat selanjutnya...(38)
Peribahasa

Masuk ke kampung orang bawa ayam betina,
     jalan di tepi-tepi,
benang arang orang jangan dipijak,
     duduk di tapak tangga,
mandi di hilir orang,
     berdiri di luar-luar gelanggang.

Bermaksud :

Kalau merantau ke negeri asing, hendaklah selalu mengalah, jangan berbuat pekerjaan yang buruk, selalu merendahkan diri, jangan suka mendului orang dan jangan menunjuk-nunjukkan diri.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ORANG DAGANG

ORANG DAGANG, satu istilah yang merujuk kepada orang luar. Dalam konteks masyarakat Melayu, orang luar ini biasanya mereka yang datang merantau dari daerah atau negeri di tanah seberang Kepulauan Melayu ke Semenanjung Tanah Melayu dengan tujuan tertentu. Kedatangan mereka biasanya adalah, sama ada untuk tujuan meneroka, berdagang, mencari kehidupan baharu, menuntut ilmu atau melarikan diri atas sebab-sebab tertentu dari tempat asalnya untuk tinggal menetap di kawasan baharu.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
ORANG KANAQ

ORANG KANAQ, suku kaun Orang Asli daripada kelompok Melayu Asli atau Melayu Proto yang terdapat di negeri Johor. Istilah ‘kanaq’ diperkenalkan oleh masyarakat ini tanpa sebarang penjelasan maksud. Mereka bertutur dalam dialek Kanaq di kalangan mereka dan menggunakan bahasa Melayu ketika berkomunikasi dengan orang luar.

Sejarah Asal Usul Orang Kanaq dari sebuah pulau di Kepulauan Riau, Indonesia dan dipercayai berhijrah ke Johor lebih kurang dua abad yang lalu. Mereka mengakui Kepulauan Riau merupakan tanah asal mereka dan mendakwa mempunyai saudara-mara di sana. Seramai 150 orang Kanaq dikatakan melarikan diri daripada orang Belanda ketika Belanda menyerang kerajaan Riau. Oleh sebab mereka menjadi hamba kepada Sultan Riau, mereka bersama-sama Sultan Riau melarikan diri ke Tanah Besar dan mendarat di Johor.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
PUPU

Pupu ialah orang di luar lingkungan keluarga

terdekat kita yang ada hubungan dengan kita oleh

pertalian darah dan berasal daripada nenek

moyang yang sama. Carta ini menunjukkan

pertalian pupu.

UMUM 
KAIN DAGANG LUAR

KAIN DAGANG LUAR, kain sarung yang dipakai di luar baju atau diselempangkan di atas bahu. Di Johor, kain dagang luar dikatakan dipengaruhi oleh orang Bugis yang berdagang menggunakan perahu dari satu tempat ke tempat lain. Kain sarung yang dipakai sebagai kain dagang luar ini dijadikan bekas mengisi barang-barang keperluan seperti pakaian, sayuran, buah-buahan dan lain-lain.

BUDAYAKraf Tangan
MENYELAM DALAM AIR

Menyelam dalam air ialah cara orang sampai

ke dunia yang luar biasa dan indah di bawah

permukaan lautan, tasik, dan sungai. Orang zaman

purba menyelam dalam air untuk mencari ikan,

haiwan air yang lain, dan tumbuhan untuk

makanan. Dengan kemahiran yang dimajukan dan

perkembangan peralatan, berbagai-bagai kegiatan

lain telah mula dilaksanakan dalam air.

UMUM 
ZHOU ENLAI

Zhou Enlai (1898–1976), juga dieja Chou En-lai,

menjadi perdana menteri dan menteri luar China

apabila Komunis berjaya memerintah negara itu

pada tahun 1949. Jawatan menteri luar diganti oleh

orang lain pada tahun 1959, tetapi dia kekal

sebagai jurucakap paling berpengaruh bagi China

dalam hal-ehwal antarabangsa.

UMUM 
POLOCROSSE

Polocrosse ialah sejenis sukan luar yang

menggunakan kuda. Setiap pasukan mempunyai

enam orang pemain, tetapi hanya separuh daripada

bilangan itu akan berada di dalam padang pada

satu-satu masa.

UMUM 
SUP SARANG BURUNG

Sup sarang burung ialah makanan orang Cina

yang terkenal. Sup luar biasa ini dibuat daripada

sarang burung swiflet, iaitu burung tertentu di Asia

Tenggara yang tergolong dalam famili burung

layang-layang. Sarang burung ini dikukuhkan

dengan air liur yang telah keras daripada burung

swiflet jantan. Apabila dimasak, sarang burung ini

menjadi kenyal yang menjadikan tekstur sup

kelihatan menarik. Rasa sup datangnya

terutamanya daripada jenis air rebusan sarang

burung dimasak. Dalam jenis sup sarang burung

yang terkenal, sarangnya dimasak dalam air

rebusan ayam pekat yang dicampurkan dengan

ayam lembut (putih telur yang dipukul hingga naik

dan ayam dicincang halus). Lain-lain jenis sup

sarang burung termasuk sup masin yang dihidang

sebagai pembuka selera dan sup pencuci mulut

yang manis yang dibuat dengan tembikai.

UMUM 
AUSTRALOID

Australoid ialah ahli kumpulan suku kaum

Orang Asli Australia. Ahli kaji bumi

menggolongkan Australoid di luar keturunan

Mongoloid dan Negroid. Tetapi mereka berselisih

pendapat sama ada untuk mengkategorikan

mereka sebagai generasi keempat atau sama

keturunan dengan puak Caucasoid. Kebanyakan

Australoid mempunyai kulit sawo matang, rambut

ikal, rahang yang besar, berbibir tebal, dan

berhidung besar serta pesek.

UMUM 
SAWAI

Sawai ialah istilah yang umumnya digunakan

untuk menerangkan sebarang keadaan separuh

sedar atau lena yang luar biasa. Istilah ini juga

boleh digunakan untuk menerangkan keadaan

orang yang dipukau, menurun, dan orang yang

mengalami gangguan mental. Kadangkala, sawai

berlanjutan untuk jangka waktu yang agak panjang.

Walau bagaimanapun, biasanya sawai hanya

berlaku dalam tempoh waktu yang pendek.

Perkataan sawai, pada mulanya digunakan bagi

keadaan roh yang dipercayai telah meninggalkan

tubuh bagi tempoh waktu tertentu.

UMUM 
12345

Kembali ke atas