Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) orang yg masih muda; b) pemuda; c) Mn tukang salung (tari dll); d) (biasanya) pelaku utama lelaki dlm bangsawan dll, hero; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Pinang tua beraga-raga,
     Pinang muda bertemu hati;
Orang tua mengada-ngada,
     Orang muda apa lagi.


Lihat selanjutnya...(111)
Peribahasa

Campak baju nampak kurap seperti anak kacang hantu.

Bermaksud :

Orang-orang muda yang tiada memelihara kehormatan dirinya ataupun kehormatan orang lain di jalan-jalan raya.

 

Lihat selanjutnya...(20)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AKTA KANAK-KANAK DAN ORANG MUDA (KERJA) 1966

Akta Kanak-kanak dan Orang Muda (Kerja) 1966. Akta yang digubal untuk mengawal selia pengambilan pekerja kanak-kanak dan orang muda.

UNDANG-UNDANGAkta
MENGUMPUL SETEM

Mengumpul setem ialah salah satu daripada

hobi mengumpul yang paling popular di dunia.

Orang muda, orang tua, orang kaya, dan orang

miskin di setiap negara mengumpul setem.

Mengumpul setem pernah dikenali sebagai “hobi

raja dan raja segala hobi”. Raja George V dari

England, Presiden Amerika Syarikat, Franklin D.

Roosevelt, dan ramai lagi tokoh terkemuka,

mengumpul setem. Pengumpul setem dikenali

sebagai ahli filateli. Nama tersebut berasal daripada

dua perkataan Yunani, philos yang bermaksud

penyayang, dan atelos, yang bermaksud bebas

daripada cukai, atau berbayar. Setem ialah tanda

pengeposan atau cukai telah dibayar.

UMUM 
DAMON DAN PYTHIAS

Damon dan Pythias ialah dua orang muda

bangsawan dalam legenda Yunani. Persahabatan

dan sifat setiakawan menyebabkan mereka

berdua ini sangat terkenal.

UMUM 
CATUR MELAYU

CATUR MELAYU,  sejenis permainan dalam rumah yang dikenal di kalangan masyarakat kampung sebagai main harimau kambing.  Permainan ini sangat digemari oleh orang muda dan tua di kampung pedalaman Malaysia pada masa dahulu.

BUDAYAPermainan/Sukan/Rekreasi
ANOUILH, JEAN

Anouilh, Jean (1910–1987), penulis drama

popular Perancis yang menghasilkan banyak karya.

Dia terkenal dengan dramanya yang sangat

cemerlang. Dia menyifatkan drama komedinya

sebagai “ros” atau “bijak”. Biasanya dramanya

menonjolkan kesulitan emosi yang berpunca

daripada wang, sama ada kerana kekurangan wang

atau terlalu banyak wang. Watak utama dalam

dramanya terdiri daripada orang muda sensitif

yang sentiasa tercari-cari kepastian dan orang tua

yang agak aneh. Antara karya komedinya

termasuklah Thieves Carnival (1932), Time

Remembered (1939), Ring Round The Moon

(1947), The Rehearsal (1950).

UMUM 
SALINGER, J.D.

Salinger, J.D. (1919– ), pengarang Amerika

yang menjadi terkenal kerana novelnya The

Catcher in the Rye (1951). Wira novel ini yang juga

penceritanya, Holden Caulfield, ialah penuntut

yang tercicir dari sekolah persediaan. Semasa

hanyut di New York City, Holden belajar

menghadapi kepura-puraan yang ditemuinya

dalam kehidupan dunia orang dewasa dan

kelemahannya sendiri. Dalam novel ini dan dalam

banyak fiksyen yang dihasilkannya kemudian,

Salinger secara humor dan meyakinkan

menggambarkan ucapan, gerak-geri dan perasaan

orang muda.

UMUM 
SERI PANGGUNG

SERI PANGGUNG, gelaran untuk watak wirawati dalam drama bangsawan. Dalam persembahan bangsawan, apabila seseorang sudah bergelar seri panggung bererti orang itu pelakon yang terkenal dan serba berkebolehan.  Pelakon utama lelaki dalam bangsawan  pula dipanggil orang muda.

BUDAYAJawatan/Gelaran
BUDAK RAJA

BUDAK RAJA, hamba lelaki di istana. Istilah ini berkaitan dengan orang Melayu atau masyarakat Melayu Pahang dan juga negeri-negeri Melayu yang lain.  Budak  raja terdiri daripada sama ada orang muda daripada keluarga baik-baik; ada juga mereka yang terdiri daripada anak-anak yang dilahirkan hasil perhubungan putera-putera raja atau golongan bangsawan dengan perempuan biasa, atau mereka yang telah melakukan kesalahan jenayah di daerahnya dan meminta perlindungan raja. Oleh sebab kebanyakan budak raja ialah kaum kerabat istana atau orang besar-besar, maka budak raja boleh dianggap sebagai golongan yang memerintah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
SIEGFRIED

Siegfried ialah wira legenda kesusasteraan

Jerman pada Zaman Pertengahan. Sebagai orang

muda, Siegfried memperoleh harta karun

Nibelung yang tidak terperi nilainya dan selubung

yang boleh menjadikannya halimunan. Dia juga

membunuh seekor naga dan mandi dengan

darahnya untuk menjadikannya kebal. Walau

bagaimanapun, sehelai daun linden terjatuh di

bahagian belakangnya, di antara kedua-dua bahu,

meninggalkan tanda yang tidak terlindung.

UMUM 
DATO' MUDA LINGGI

DATO’ MUDA LINGGI, jawatan yang diwujudkan oleh orang dari Pulau Riau yang merantau ke Sungai Ujong, Negeri Sembilan. Jawatan ini juga dikenal sebagai Dato’ Sitiawan atau Orang Kaya Luak Linggi. Ketua pemerintah Sungai Ujong, Dato’ Kelana Leha (1780-1800) mengarahkan mereka membuka perkampungan di tepi Sungai Linggi bersebelahan Sungai Ujong pada tahun 1783, dan mereka diketuai oleh Dato’ Awaluddin.

    

SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran
12345

Kembali ke atas