AGENSI PEMUNGUTAN | Agensi pemungutan ialah sebuah organisasi yang memungut bayaran yang terlewat. Banyak syarikat perniagaan dan orang perseorangan menggunakan agensi pemungutan daripada membuang masa mereka sendiri untuk memungut hutang yang sedemikian. Agensi tersebut menerima bayaran atau komisen yang biasanya berasaskan jumlah yang dipungutnya. | UMUM | |
PERNIAGAAN | Perniagaan, termasuk kesemua kegiatan pengeluaran barang dan perkhidmatan secara komersial. Pengeluar terdiri daripada kedai kecil yang dimiliki oleh orang perseorangan sehingga kepada organisasi besar yang dimiliki oleh beribu- ribu pemegang saham. Perkataan perniagaan boleh merujuk kepada pengeluar barang atau perkhidmatan yang sama, seperti perniagaan pakaian , perniagaan hiburan, atau perniagaan insurans . Perusahaan perniagaan oleh individu juga boleh dipanggil sebagai perniagaan. | UMUM | |
STOK DAN SAHAM | Stok dan saham merupakan hak pemilikan di dalam syarikat liabiliti terhad. Setiap syarikat mempunyai satu stok yang dibahagi kepada beberapa saham. Saham mungkin dipegang oleh orang perseorangan atau syarikat lain. Pemegang saham melaburkan wang dalam sebuah syarikat dan mendapat sebahagian hak pemilikan syarikat dan berkongsi keuntungannya sebagai pulangan. Istilah stok juga digunakan untuk merujuk kepada perjanjian jangka panjang dalam membuat pinjaman kepada kerajaan atau sesuatu syarikat besar, yang tidak melibatkan hak milik. | UMUM | |
RIBA | Riba ialah caj faedah pada kadar yang tinggi, yang dikenakan ke atas wang yang dipinjam. Di sesetengah negara, riba ditafsirkan sebagai caj faedah yang dikenakan melebihi daripada kadar maksimum yang sah di sisi undang-undang. Orang perseorangan atau institusi yang mengenakan kadar yang lebih daripada yang dibenarkan di sisi undang-undang dikenali sebagai pemakan riba . | UMUM | |
KEDERMAWANAN | Kedermawanan ialah usaha untuk mencapai kesejahteraan manusia oleh individu dan kumpulan yang menyumbangkan khidmat atau harta dan wang. Kedermawanan berbeza daripada kebajikan kerana kedermawanan biasanya menolong kumpulan yang besar atau sesebuah institusi dan bukan orang perseorangan atau beberapa individu sahaja. | UMUM | |
PENYALIN MANUSKRIP | PENYALIN MANUSKRIP, orang perseorangan yang menyalin teks hasil kesusasteraan tradisional. Dalam perkembangan kesusasteraan Melayu tradisional. Jarang sekali kita mengetahui nama pengarang kerana konvensyen sastera zaman dahulu tidak menggalakkan seseorang mencatatkan namanya pada karya yang dihasilkan. Sesebuah hasil kesusasteraan juga dianggap sebagai karya bersama seluruh masyarakat dan pengarang seolah-olah tidak berhak meletakkan namanya. Tidak meletakkan nama pada sesebuah karya juga merupakan amalan dalam perkembangan sastera lisan yakni seseorang dapat menambah dan mengurangkan bahan cerita sesuka hatinya kerana cerita itu dianggap hak bersama. | SASTERA | Kegiatan |
PENDETA BAHASA | PENDETA BAHASA, gelaran yang diberi kepada orang perseorangan yang ahli atau pakar dalam bidang bahasa Melayu serta berjasa terhadap bahasa tersebut. Gelaran ini dianugerahkan oleh badan bahasa atau kongres bahasa Melayu. Antara ahli bahasa Melayu yang mendapat gelaran Pendeta ialah Zainal Abidin bin Ahmad (Za’aba). Za’ba telah mendapat gelaran Pendeta Bahasa Melayu dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga yang diadakan di Johor Baru dan Singapura pada tahun 1956. Tiga orang lagi yang telah dianugerahi Pendeta Bahasa oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku-Buku Diraja Johor (P.Bm.P.B) ialah Dato’ Abdullah bin Abdul Rahman, Richard O. Winstedt dan Mejar Dato’ Haji Muhammad Said bin Haji Suleiman. | BAHASA | Konsep |
ASHE, ARTHUR | Ashe, Arthur (1943–1993), pemain tenis Amerika, orang kulit hitam pertama memenangi kejohanan perseorangan kebangsaan lelaki Amerika. Dia memenangi kejuaraan itu pada tahun 1968. Pada tahun yang sama, dia bermain dengan pasukan Amerika Syarikat yang memenangi Piala Davis (lihat Piala Davis ). Pada tahun 1975, Ashe menjadi orang kulit hitam pertama yang memenangi kejuaraan perseorangan Wimbledon di England. Dia bersara daripada pertandingan tenis pada tahun 1980. | UMUM | |
PSIKOLOGI PERINDUSTRIAN | Psikologi perindustrian berkaitan dengan orang ramai di tempat kerja. Ia dikenali juga sebagai psikologi personel . Bidang yang berkait rapat dengannya ialah psikologi organisasi . Secara tradisinya, ahli psikologi perindustrian telah membuat penilaian terhadap perbezaan antara pekerja dan telah mengukur mutu kerja perseorangan. Ahli psikologi organisasi cuba memahami bagaimana fungsi bekerja dalam sesebuah organisasi dan bagaimana pula fungsi organisasi dalam sesebuah masyarakat. | UMUM | |
SEDGMAN, FRANK | Sedgman, Frank (1927– ), salah seorang pemain tenis terbaik Australia. Dari tahun 1950 hingga tahun 1952, dia bermain sebanyak 19 kali untuk Australia dalam pertandingan Piala Davis dan hanya kalah dua kali. Pada tahun 1951, dia menjadi orang Australia yang pertama menjuarai acara perseorangan Amerika Syarikat. Pada tahun 1952, dia menjuarai acara perseorangan Amerika, Itali, dan Wimbledon. Francis Arthur Sedgman lahir di Melbourne. | UMUM | |