PROPAGANDA | Propaganda ialah komunikasi sepihak yang bertujuan untuk mempengaruhi cara orang ramai berfikir dan bertindak. Iklan di televisyen atau poster yang menggesa orang ramai mengundi seseorang calon politik mungkin berbentuk propaganda bergantung pada kaedah pemujukannya. | UMUM | |
PILIHAN RAYA | Pilihan raya ialah proses orang ramai memilih calon atau pemimpin pilihan mereka. Pilihan raya diadakan untuk memilih pemimpin dalam pelbagai organisasi. Contohnya, persatuan kemasyarakatan, kesatuan perdagangan, kelab sukan dan sosial, kerajaan dan pelbagai pertubuhan dan institusi awam dan persendirian. | UMUM | |
KAUNSELING | Kaunseling ialah proses membantu orang ramai untuk meneliti dan memahami masalah peribadi serta memperkembangkan bakat mereka. | UMUM | |
KELAS SOSIAL | Kelas sosial ialah sekumpulan orang ramai dalam sesebuah masyarakat yang berkongsi kedudukan sosial yang sama. Kelas sosial wujud kerana manusia biasanya mengelompokkan masyarakat ke dalam pelbagai kumpulan yang berbeza berdasarkan faktor kekayaan, kuasa, darjat, keturunan, agama, dan kerjaya. Kerap kali manusia membuat perbezaan kedudukan ini di dalam fikiran mereka dengan menganggap sesetengah mereka “lebih baik” daripada yang lain. Ahli sains sosial menamakan kumpulan ini sebagai kelas sosial dan menganggap proses pengelompokan sosial sebagai stratifikasi sosial. | UMUM | |
PSIKOLOGI PERINDUSTRIAN | Psikologi perindustrian berkaitan dengan orang ramai di tempat kerja. Ia dikenali juga sebagai psikologi personel . Bidang yang berkait rapat dengannya ialah psikologi organisasi . Secara tradisinya, ahli psikologi perindustrian telah membuat penilaian terhadap perbezaan antara pekerja dan telah mengukur mutu kerja perseorangan. Ahli psikologi organisasi cuba memahami bagaimana fungsi bekerja dalam sesebuah organisasi dan bagaimana pula fungsi organisasi dalam sesebuah masyarakat. | UMUM | |
HADIAH NOBEL | Hadiah Nobel dianugerahkan setiap tahun kepada orang ramai, yang telah membuat sumbangan yang berharga terhadap “kebaikan manusia” tanpa mengambil kira kerakyatan. | UMUM | |
KEBAJIKAN MASYARAKAT | Kebajikan masyarakat ialah program kemasyarakatan yang membantu orang ramai mencapai satu tahap keselesaan ekonomi yang bersesuaian. Keselamatan sosial, juga dikenali sebagai insurans sosial, menyediakan bantuan kewangan untuk menggantikan pendapatan yang hilang akibat persaraan, pengangguran, hilang upaya atau kematian. | UMUM | |
PURATA | Purata ialah bilangan yang lazim bagi kumpulan angka atau kuantiti. Orang ramai biasanya memikirkan purata sebagai min . | UMUM | |
MUBALIGH KRISTIAN | Mubaligh Kristian bermakna seseorang yang berperanan mengajak memeluk dan mempengaruhi orang ramai supaya memeluk agama Kristian. Dia menggunakan pelbagai cara untuk mencapai tujuan itu termasuklah melalui bidang pendidikan, kepakaran akademik, penjagaan kesihatan dan khidmat sosial yang lain. Aktiviti ini sekarang dijalankan oleh pihak gereja yang lebih dikenali sebagai kristianisasi. | UMUM | |
MUZIUM | Muzium ialah sebuah institusi yang mempamerkan bahan seni dan bahan pendidikan kepada orang ramai. Bahan yang tersedia untuk kajian dan pemerhatian dikenali sebagai koleksi. Koleksi terdiri daripada bahan spesimen saintifik, hasil seni, dan pameran serta maklumat mengenai sejarah atau teknologi. Muzium juga menyediakan maklumat kepada penyelidik, pelajar, dan ahli komuniti yang lain. Pegawai muzium menyediakan bahan-bahan pameran dan menjaganya selepas dipamerkan. | UMUM | |