Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Kalau tidak kerana kunci,
     Tidak terbuka pintu almari;
Kalau tidak kerana budi,
     Manakan kami datang ke mari.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Terbuka mulut,
     terpancut keluar hati.

Bermaksud :

Kepada orang yang banyak bercakap tidak boleh dipercayakan sesuatu rahsia.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TANAH AWAM

Tanah awam ialah kawasan tanah terbuka yang

boleh digunakan bersama. Kini, kebanyakan orang

menggunakan tanah awam untuk rekreasi. Tetapi,

pada Zaman Pertengahan, di England, orang

menggunakan tanah awam untuk melepaskan haiwan

meragut rumput, untuk menebang pokok dan

menggali turf. Aktiviti ini dikenali sebagai hak

bersama. Tuan tanah memberi hak ini kepada

penyewa tanah di atas tanahnya, kerana tanah

penyewa sendiri hanya cukup untuk tanaman. Pada

tahun 1967, pendaftaran kesemua tanah bersama dan

pendaftaran kawasan hijau di bandar dan kampung

bermula.

UMUM 
NORMAN, GREG

Norman, Greg (1955– ), pemain golf Australia

yang dikenali sebagai The Great White Shark ,

memenangi Kejohanan Terbuka British pada tahun

1986 dan tahun 1993. Dia merupakan orang Australia

yang ketiga memenangi acara itu. Pada tahun 1986,

dia memenangi beberapa pertandingan besar dan

berada pada kedudukan di tempat yang pertama di

dunia.

UMUM 
NAMA PADANG

Nama padang mungkin memerikan bentuk

padang, kualiti dan lokasinya. Sesetengah padang

diberi nama mengambil sempena nama orang atau

peristiwa bersejarah. Nama seperti brade, balk, flat

dan shute merujuk kepada bidang tanah di padang

terbuka pada Zaman Pertengahan. Sesetengah

nama padang berasal daripada kata lama bagi

pastura dan kandang haiwan. Beberapa nama aneh,

nama julukan, dan nama ironik juga diberikan

kepada padang.

UMUM 
PERANG RUSIA-TURKI

Perang Rusia-Turki. Empayar Rusia dan

Empayar Uthmaniyyah (kini Turki) sentiasa tidak

bersefahaman selama 300 tahun selepas tahun

1600-an. Beberapa kali perang berlaku sepanjang

tempoh ini. Pada mulanya, Empayar Uthmaniyyah

yang menceroboh Rusia. Orang Turki campur

tangan di sempadan selatan Rusia dan menyokong

orang Tartar dari Krimea, iaitu seteru Rusia sejak

dahulu lagi. Sehingga akhir tahun 1600-an, Rusia

cuba mengelakkan perang terbuka dengan orang

Turki kerana empayar Uthmaniyyah lebih kuat

daripada Rusia. Walau bagaimanapun, apabila

empayar Uthmaniyyah semakin lemah, Rusia

bertambah kuat. Rusia mulai meluaskan kuasanya

ke kawasan Laut Hitam dan Balkan. Orang Turki

menguasai kedua-dua kawasan ini. Empayar

Uthmaniyyah kemudiannya mempertahankan

kedua-dua kawasan tersebut walaupun kadangkala

ia juga menyerang, terutamanya apabila mendapat

sokongan negara luar.

UMUM 
SPRINGBOK

Springbok, yang juga dikenali sebagai

springbuck, ialah antelop yang hidup di dataran

berumput terbuka di barat daya Afrika. Haiwan ini

mendapat namanya kerana tabiatnya melompat-lompat

berulang kali setinggi dua meter ke udara

apabila ketakutan, dan kemudian memacu dengan

kencang. Lompatan ini mengalih perhatian

pemangsa seperti singa dan harimau kumbang.

Springbok mempunyai sejalur bulu panjang

berwarna putih di tengah belakangnya yang akan

tertegak apabila ia dalam ketakutan. Oleh kerana

sifat ini, orang Portugis di Angola menamakan

antelop ini kambing kipas.

UMUM 
LENGGONG

LENGGONG, kawasan petempatan yang terawal di Semenanjung Malaysia sejak 34 000 tahun dahulu. Lenggong terletak di daerah Hulu Perak dan merupakan sebuah lembah yang dikelilingi oleh bukit-bukau. Sungai Perak mengairi kawasan ini. Di lembah ini terdapat lapan kompleks batu kapur serta beberapa kawasan terbuka yang penting yang telah membuktikan bahawa kawasan ini telah didiami orang sejak 34 000 tahun dahulu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat

Kembali ke atas