ORANG UTAN | Orang utan ialah beruk besar, berbulu kasar kemerah-merahan yang tinggal di hutan hujan tropika di Sumatera dan Borneo. Orang utan adalah mamalia penghuni pokok yang terbesar. Orang utan tingginya 90 hingga 150 sentimeter. Yang jantan mungkin beratnya dari 70 hingga 90 kilogram. Sesetengah orang utan jantan mempunyai lengan sepanjang kira- kira 2 meter. Yang betina saiznya kira-kira setengah saiz yang jantan. Orang utan jantan yang matang mempunyai pad pipi yang lebar yang terjojol dari sisi mukanya dan mempunyai kantung kerongkong yang besar. Yang betina tidak mempunyai pad pipi dan hanya mempunyai kantung kerongkong yang kecil. | UMUM | |
TANJUNG PURA | TANJUNG PURA, ibu kota kerajaan Hindu Nagara Dipa, di Kalimantan, Indonesia. Tanjung Pura terletak di hulu Sungai Nagara di sekitar Amuntai sekarang, termasuk dalam Propinsi Kalimantan Selatan. Nagara Dipa ialah sebuah kerajaan bercorak Hindu. Rajanya Ampu Jatmika pernah mengirim utusan ke negeri China untuk mendapatkan seorang ahli pembuat patung logam, untuk menggantikan patungnya yang diperbuat daripada kayu. Utusan yang dikirimkan itu membawa hasil Nagara Dipa seperti intan, mutiara, damar, madu dan orang utan. Selain itu, Nagara Dipa juga mempunyai hubungan dengan Majapahit, kerana pengganti Ampu Jatmika adalah Raden Putra, seorang keturunan Majapahit yang berkahwin dengan puteri Junjung Buih. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
SPESIES TERANCAM | Spesies terancam ialah benda hidup yang terancam oleh kepupusan – iaitu kematian semua individu sejenisnya. Beribu-ribu spesies haiwan dan tumbuh-tumbuhan sedang terancam, dan bilangan ini meningkat setiap tahun. Haiwan terancam termasuk paus biru, sesetengah jenis buaya, orang utan, badak sumbu, harimau bintang salji, harimau dan burung jenjang kokol. Tumbuh-tumbuhan terancam termasuk running buffalo ceaver, sipres Santa Cruz, snakeroot, dan banyak spesies kaktus. | UMUM | |