ORDINAN BARAT LAUT | Ordinan Barat Laut, diluluskan oleh Kongres Amerika Syarikat pada 13 Julai 1787, merupakan satu daripada undang-undang paling penting yang pernah dipakai. Ordinan ini disediakan untuk kerajaan kawasan utara Sungai Ohio dan barat Pennsylvania di Amerika Syarikat, yang kemudiannya dinamakan Wilayah Barat Laut. Ia menjadi model bagi semua wilayah yang kemudiannya menyertai Kesatuan sebagai negeri- negeri. Ordinan ini sebahagian besarnya merupakan usaha Jeneral Nathan Dane, Rufus King, dan Manasseh Cutler. | UMUM | |
ORDINAN MAHKAMAH ANAK NEGERI | ORDINAN MAHKAMAH ANAK NEGERI, perundangan yang mengandungi peruntukan tentang pembentukan, bidang kuasa, keanggotaan dan tatacara kehakiman Mahkamah Anak Negeri di Sabah. Perundangan ini telah digubal dan diluluskan pada tahun 1953 pada masa pemerintahan British. | BUDAYA | Penerbitan |
KANUN | Kanun, dalam undang-undang, menggabungkan semua undang-undang bagi subjek tertentu dalam sesuatu statut atau ordinan. | UMUM | |
MAHKAMAH PENGHULU | MAHKAMAH PENGHULU, mahkamah paling rendah dalam hierarki sistem kehakiman di Semenanjung Malaysia. Menurut Ordinan Mahkamah 1948, bidang kuasa Mahkamah Penghulu, sama ada dalam kes jenayah ataupun kes sivil sangat terhad. Bidang kuasa penghulu, tercatat dalam surat pelantikan penghulu itu. | BUDAYA | Institusi/Organisasi |
BANK NEGARA MALAYSIA | Bank Negara Malaysia, bank pusat Malaysia. Bank Negara Malaysia (BNM) ditubuhkan pada 26 Januari 1959 di bawah Ordinan Bank Negara 1958. | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Institusi/Organisasi |
DARURAT | DARURAT (1948-1960), keadaan tidak aman yang diisytiharkan di Tanah Melayu setelah percubaan komunis menumbangkan pemerintahan British. Undang-undang mengisytiharkan Darurat di Tanah Melayu dibuat oleh kerajaan, iaitu selepas tiga orang Eropah dibunuh di Sungai Siput, Perak pada pertengahan bulan Jun 1948. Pada 18 Jun 1948, Ordinan Darurat telah dikuatkuasakan di Perak dan seterusnya di seluruh negara. Sementara itu, kejadian seperti rusuhan, pembakaran dan pembunuhan, terutamanya di estet, telah berlaku lebih awal. Strategi komunis ternyata telah melumpuhkan ekonomi negara. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |