ORGANIZATION | Australian Security Intelligence Organization (ASIO)] mengumpul dan menilai maklumat yang diputuskan oleh ketua pengarahnya sebagai sesuatu yang ada hubung kait dengan keselamatan negara. Sebahagian maklumat ini adalah rahsia. Peguam Negara bertanggungjawab kepada Parlimen bagi pihak ASIO. Kerajaan persekutuan menubuhkan ASIO pada tahun 1949. | UMUM | |
AUSTRALIAN SECURITY INTELLIGENCE ORGANIZATION | Australian Security Intelligence Organization (ASIO) mengumpul dan menilai maklumat yang diputuskan oleh ketua pengarahnya sebagai sesuatu yang ada hubung kait dengan keselamatan negara. Sebahagian maklumat ini adalah rahsia. Peguam Negara bertanggungjawab kepada Parlimen bagi pihak ASIO. | UMUM | Umum |
PERTUBUHAN MARITIM ANTARABANGSA | Pertubuhan Maritim Antarabangsa (International Maritime Organization (IMO)) ialah agensi khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menggalakkan kerjasama di kalangan kerajaan dalam perkara yang melibatkan perkapalan antarabangsa. Pertubuhan ini, biasanya dikenali sebagai IMO (International Maritime Organization) yang berusaha untuk membentuk peraturan perkapalan antarabangsa bagi meningkatkan taraf keselamatan dan menghalang pencemaran yang berpunca daripada kapal. Ia juga menguruskan pertukaran maklumat tentang perkapalan lautan. | UMUM | |
PERTUBUHAN KESATUAN AFRIKA | Pertubuhan Kesatuan Afrika (Organization of African Unity (OAU) ialah persatuan negara-negara Afrika. Ia berfungsi menggalakkan perpaduan di kalangan penduduk Afrika dan memperteguhkan hubungan budaya, ekonomi, tentera, saintifik, dan sosial. Ia juga membantu negara-negara anggota yang dilanda bencana alam. OAU dianggotai oleh 52 negara dan sebuah kerajaan dalam buangan (lihat Jadual). | UMUM | |
PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA AMERIKA | Pertubuhan Negara-negara Amerika (Organization of American States (OAS)) ialah persatuan 35 buah negara Amerika. OAS bertujuan menyediakan pertahanan diri secara kolektif, kerjasama kedaerahan dan penyelesaian kontroversi secara aman. Prinsip yang dijadikan panduan oleh kumpulan ini termasuk kepercayaan kepada nilai undang-undang antarabangsa, keadilan sosial, kerjasama ekonomi, dan kesamaan hak bagi semua penduduk. Piagam OAS juga menyatakan bahawa tindakan serangan terhadap satu negara Amerika dianggap sebagai tindakan serangan terhadap semua negara. | UMUM | |
PERTUBUHAN METEOROLOGI SEDUNIA | Pertubuhan Meteorologi Sedunia ( World Meteorological Organization [WMO]) ialah agensi khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Ia menaja program seperti Pengawasan Cuaca Sedunia bagi pertukaran cepat tentang pemerhatian untuk meramal cuaca. Program ini terdiri daripada beberapa rangkaian stesen kaji cuaca di serata dunia, satelit dan komputer, dan sistem komunikasi seluruh dunia. | UMUM | |
PERTUBUHAN KESIHATAN SEDUNIA | Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization [WHO]) ialah agensi khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Pertubuhan ini membantu menubuhkan sistem kesihatan yang lebih baik di seluruh dunia, terutama di negara membangun. | UMUM | |
PERTUBUHAN BURUH ANTARABANGSA | Pertubuhan Buruh Antarabangsa (International Labour Organization (ILO)) ialah agensi khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang memperjuangkan kebajikan pekerja. Kira-kira 150 negara menganggotai ILO. Pada tahun 1969, organisasi ini menerima Hadiah Nobel untuk keamanan kerana usahanya. | UMUM | |
PERTUBUHAN HARTA INTELEKTUAL SEDUNIA | Pertubuhan Harta Intelektual Sedunia (World Intellectual Property Organization (WIPO) ialah agensi antarabangsa yang berusaha melindungi hak undang-undang dalam karya kesenian dan kesusasteraan, penciptaan, cap dagang, dan penciptaan asli yang lain. Hak seperti itu dikenali sebagai harta intelektual . Pertubuhan ini mempromosi perjanjian antarabangsa tentang hak cipta, paten, cap dagang, dan penciptaan asli yang lain. Ia juga menyediakan maklumat teknologi dan bantuan lain kepada negara-negara membangun. Pertubuhan ini, dikenali sebagai WIPO, iaitu agensi khas Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu. WIPO mempunyai bilangan keahlian lebih daripada 110 negara. Ibu pejabatnya bertempat di Geneva, Switzerland. | UMUM | |
PERTUBUHAN MENTERI-MENTERI PENDIDIKAN ASIA TENGGARA | Pertubuhan Menteri-menteri Pendidikan Asia Tenggara [Southeast Asian Ministers of Education Organization (SEAMEO)] ialah pertubuhan serantau yang bermatlamat untuk meningkatkan kerjasama antara negara-negara Asia Tenggara menerusi bidang pendidikan, sains, dan kebudayaan. | UMUM | |