ARBORVITAE | Arborvitae ialah nama pokok malar hijau tertentu yang merupakan tumbuhan asli timur Asia dan beberapa bahagian Amerika Utara. Pokok ini mempunyai daun kecil bak sisik yang tumbuh melekap pada dahan. Ia mengeluarkan banyak kon kecil. Oriental arbovitae , spesies yang merupakan tumbuhan asli di utara China, ditanam di sesetengah taman. Pokok ini tumbuh setinggi 12 meter, tetapi ramai pekebun mencantasnya sampai tiga meter atau kurang. Dua spesies arborvitae Amerika Utara biasanya dikenali sebagai sedar putih utara dan sedar merah barat . Pengelasan saintifik. Arborvitae terdiri daripada genus Thuja dalam famili sipres, Cupressaceae . Arborvitae oriental ialah Arbutus unedo . | UMUM | |
ORFF, CARL | Orff, Carl (1895–1982) ialah penggubah dan pendidik muzik Jerman. Dia menghasilkan karya utamanya untuk pertunjukan pentas. Karyanya menggabungkan muzik instrumental, nyanyian, dan gerak isyarat dan tarian dalam suatu kesatuan persembahan. Muzik Orff menekankan sesuatu yang ringkas seperti melodi dan harmoni rakyat. Dia menggunakan peralatan perkusi untuk menghasilkan rangsangan irama yang bertenaga. Orff menggunakan skala Oriental dan Zaman Pertengahan serta teks dalam beberapa bahasa yang dinyanyikan secara serentak. | UMUM | |
PIJNAPPEL, J. | PIJNAPPEL, J. ( ? - ? ), pengkaji bahasa Melayu berbangsa Belanda. Pijnappel banyak menyumbangkan karya tentang bahasa Melayu. Kebanyakan karya yang dihasilkan ditulis dalam bahasa Belanda. Setelah menerima Ijazah Kedoktoran, Pijnappel banyak menerima undangan untuk membentangkan kertas kerja. Kertas kerjanya yang berjudul “Over de Wortel in de Maleisch Taal” telah dibentangkan di Polynesienne of the Oriental Congress di Leiden pada bulan September 1883. | BAHASA | Tokoh |
PATIH YUSUF | PATIH YUSUF ( ?-? ), pemerintah Grisek (awal abad ke-16). Dia juga dikenal dengan nama Pate Cucuf. Menurut Tome Pires dalam Suma Oriental, Patih Yusuf adalah keturunan Melayu dan berasal daripada kerabat keluarga diraja Melaka, yang terusir oleh Portugis, ketika Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511. Datuk Patih Yusuf adalah saudara perempuan Sri Nara Diraja, iaitu bapa bendahara Melaka. Sultan Mahmud Syah (m.m. 1488-1511), Sultan Melaka yang terakhir, adalah juga cucu kepada bendahara. Dengan demikian, Patih Yusuf adalah saudara sepupu kepada Sultan Mahmud Syah. Manakala ayahnya, Patih Adam, berasal daripada keluarga pedagang laut Melaka, yang lebih dahulu datang ke Gresik untuk menggantikan datuk Patih Yusuf sebagai pemerintah. Setelah Patih Adam meninggal dunia, dia datang ke Gresik bersama-sama keluarganya. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
PATIH UNUS | PATlH UNUS (1490-Y521), pemerintah Jepara (1507-1521). Nama sebenarnya ialah Yat Sun dan nama ini lebih dikenal dalam tradisi sejarah Jawa atau sejarah Banten. Menurut Tome Pires dalam Suma Oriental, salasilah keluarga Patih Unus berasal dari Kalimantan Barat. Datuknya berasal daripada golongan rakyat biasa, yang merantau ke Melaka dan menjadi kaya melalui perdagangan laut. Pada sekitar tahun 1470, dia berjaya mengambil alih kekuasaan daripada penguasa Jepara dan mengubah serta memperluas wilayah kekuasaan kota pelabuhan kecil tersebut menjadi salah satu kota pelabuhan dagang penting di pantai utara Jawa. Sebagai pemerintah Jepara, datuk Patih Unus tetap mengakui raja Demak sebagai pemerintah tertinggi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
S.E.A. WRITE AWARD | S.E.A. WRITE AWARD, anugerah yang diberikan kepada penulis di negara-negara Asia Tenggara sebagai menghargai dan mengiktiraf sumbangan mereka dalam bidang sastera S.E.A. Write Award (Southeast Asia Write Award) atau Anugerah Penulisan Asia Tenggara dimulakan pada tahun 1979. Anugerah ini dianjurkan oleh The Oriental Hotel, sebuah hotel di Bangkok bersama-sama dengan Syarikat Penerbangan Antarabangsa Thai, Kumpulan Ital Thai, Bangkok Bank Ltd. Dan Riche Monde (Thailand) Ltd. | SASTERA | Anugerah/Hadiah |
KLCC | KLCC ialah mercu tanda negara Malaysia. Ia merupakan singkatan daripada Kuala Lumpur City Centre atau Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. la merupakan projek mega bersepadu meliputi kawasan seluas 1.67 juta meter persegi terletak di lokasi strategik di kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur. KLCC menempatkan Menara Berkembar PETRONAS, Kompleks Membeli-belah Suria KLCC, Menara Maxis, Menara ESSO, Hotel Mandarin Oriental, Pusat pendinginan Daerah, Taman awam dan Masjid Asy-syakirin. Menara Berkembar PETRONAS ialah bangunan tertinggi di dunia. | UMUM | |
SRI WULAN RUJIATI MULYADI | SRI WULAN RUJIATI MULYADI (1929-1993), penulis Indonesia. Dia lahir pada 17 September 1929 di Gorontalo, Sulawesi, Indonesia. Sri Wulan melanjutkan pelajaran di Fakultas Sastra, Universitas Indonesia pada tahun 1959. Pada tahun 1980, dia mendapat ijazah Doktor Falsafah dari School of Oriental and African Studies (SOAS) University of London dengan disertasinya yang berjudul “Hikayat Indraputra: A Malay Romance”. | SASTERA | Tokoh |
ZURAINA MAJID, DATO' | ZURAINA MAJID, Dato’ (1944- ), ahli arkeologi. Dia lahir pada 5 Oktober 1944 di Kuala Lumpur. Nama sebenarnya ialah Siti Zuraina binti Abdul Majid. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Baru dan menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur. Selepas itu dia melanjutkan pelajarannya di Universiti Malaya dan lulus ijazah Sarjana muda Sastera dengan kepujian dalam bidang Pengajian Cina pada tahun 1967. Zuraina menyambung pelajaran pada peringkat sarjana di Cambridge University, United Kingdom dan memperoleh M.A. dalam Oriental Studies pada tahun 1971. pada tahun 1978, dia memperoleh Ph.D dalam bidang antropologi dari Yale University, Amerika Syarikat. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |