Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[o.rién.ta.lis] | اوريئينتاليس

Definisi : (oriéntalis) pakar dlm bahasa, kebu­dayaan, dll bangsa timur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[o.rién.ta.lis] | اوريئينتاليس

Definisi : /oriéntalis/ orang yg mem­pelajari bahasa, kesusasteraan, kebu­dayaan bangsa-bangsa Timur, terutama­nya Timur Jauh (spt Melayu, Jepun). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata orientalis


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
STEIN, SIR AUREL

Stein, Sir Aurel (1862–1943) ialah orientalis,

penjelajah, dan ahli arkeologi Romania. Dia

menjalankan penyelidikan geografi di Kashmir dan

sempadan barat laut India. Dia juga menemui

perkaitan yang mungkin wujud antara tamadun di

sepanjang Sungai Indus dengan Sungai Euphrates

di Baluchistan dan Parsi. Stein merupakan perintis

yang membuat peninjauan dari udara untuk

penyelidikan geografi. Buku Stein termasuk An

Archaeological Tour in Gedrosia (1931) dan On Old

Routes of Western Iran (1940). Stein lahir di

Budapest, Hungary dan menuntut di Dresden,

Jerman. Dia menjadi rakyat British pada tahun 1904.

UMUM 
PENGAJIAN MELAYU DI ITALI

PENGAJIAN Melayu DI ITALI, pusat pengajian bahasa Melayu.  Pengajian Melayu di Itali ditubuhkan pada tahun 1964, oleh seorang orientalis Itali yang terkemuka, Y. Bhg. Prof. Allesandro Bausani, di Instituto Universitario Orientale di Napoli, sebuah universiti yang khusus mengendalikan kursus bahasa dan budaya Asia dan Afrika.  Universiti itu juga merupakan satu-satunya universiti yang mengajar kursus bahasa dan sastera Melayu-Indonesia.  Pengajaran ini dikendalikannya sendiri sejak tahun 1964 hingga tahun 1969.  setelah itu, kursus ini dikendalikan oleh Y. Bhg. Prof. L. Santa Maria sejak tahun 1969 hingga kini.  Minat orang Itali terhadap bahasa Melayu sebenarnya bermula pada abad ke-16, iaitu ketika Antonio Pigafetta, seorang mualim kapal, mengelilingi dunia bersama-sama kapten kapal Portugis, Fernao de Magalhaes.

BAHASAInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas