KONDUKTOR , ORKESTRA | Konduktor orkestra lihat Orkestra (Pemimpin orkestra). | UMUM | |
ORKESTRA | Orkestra ialah kumpulan pemuzik yang bermain pelbagai alat muzik bersama-sama. Sesetengah orkestra Afrika dan Asia mengandungi alatan genderang, seperti dram, gong, dan zilofon. Tetapi di kebanyakan negara Barat, kumpulan muzik dianggap sebagai orkestra hanya jika ia memasukkan biola atau alatan bertali yang lain. Orkestra berbeza daripada kumpulan muzik yang mengandungi sebahagian besarnya oleh alat tiupan dan alat genderang. | UMUM | |
LOCENG ORKESTRA | | UMUM | |
NEEL, LOUIS BOYD | Neel, Louis Boyd (1905–1981), pengasas dan memimpin Boyd Neel Orchestra, iaitu salah sebuah orkestra bertali yang utama di Eropah. Neel menubuhkan orkestra ini pada tahun 1932. Para pemuzik mengagumi interpretasi lagu Bach dan Handel yang dihasilkan oleh orkestranya. Neel juga memimpin beberapa orkestra utama Britain. Dari tahun 1953 hingga tahun 1971, dia menjadi Dekan Royal Conservatory of Music di Toronto, Kanada. Dia lahir di London. | UMUM | |
ORKESTRA RTM | ORKESTRA RTM, kumpulan pancaragam yang ditubuhkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM). Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, Orkes Radio Malaya yang ditubuhkan pada tahun 1956 diberi nama Orkes Tiga Serangkai. Orkes ini dipimpin oleh Alfonso Soliano yang juga pemain piano dan dianggotai oleh Mahadzir Yassin, pemain dabal bes dan J.J. Villinguez, pemain dram. Orkes ini menyediakan rancangan muzik untuk siaran. Semasa diadakan Pertandingan Mencipta Lagu Kebangsaan dan Bintang Radio yang bertujuan untuk mencungkil bakat pencipta lagu dan penyanyi, orkes ini mempunyai lapan orang ahli dan ditukar nama kepada Orkes Studio Puspa Irama. | BUDAYA | Kegiatan |
ORMANDY, EUGENE | Ormandy, Eugene (1899–1985), menjadi salah seorang pemimpin orkestra yang paling terkenal di dunia dalam tempoh kerjayanya yang panjang di Amerika Syarikat sebagai pengarah Philadelphia Orchestra. Dari tahun 1936 hingga tahun 1938, Ormandy berkongsi mengarah orkestra ini dengan Leopold Stokowski. Ormandy berkhidmat sebagai pengarah muzik tunggal orkestra tersebut dari tahun 1938 hingga tahun 1980. | UMUM | |
REINER, FRITZ | Reiner, Fritz (1888–1963) ialah salah seorang pemimpin orkestra simfoni dan opera yang ulung pada zamannya. Dia dikenali kerana keistimewaan persembahan muziknya, hasil gubahan komposer Eropah Tengah. Orkestra yang dilatih oleh Reiner menjadi masyhur kerana mutu persembahannya. | UMUM | |
ZUKERMAN, PINCHAS | Zukerman, Pinchas (1948 – ) ialah pemain violin dan pemimpin pancaragam kelahiran Israel. Dia menerima pengiktirafan antarabangsa sebagai pemain solo dan pemimpin orkestra simfoni dan orkestra kamar. | UMUM | |
PANCARAGAM | Pancaragam ialah sekumpulan ahli muzik yang bermain kebanyakannya alat tiup dan genderang. Pancaragam berbeza daripada orkestra, kerana dalam orkestra alat tali memainkan peranan yang paling utama. Namun demikian, sesetengah pancaragam mengandungi juga alat tali. | UMUM | |
PUISI SIMFONI | Puisi simfoni ialah komposisi orkestra yang cuba menggambarkan idea bukan muzik dalam muzik. Penggubah mengasaskan puisi simfoni pada puisi, lakonan, cerita, episod dari sejarah, pemandangan alam, lukisan dan kenyataan falsafah. Puisi simfoni berkembang daripada overtur konsert . Seperti overtur konsert, kebanyakan puisi simfoni terdiri daripada satu babak (bahagian). Tetapi sesetengahnya ditulis dengan lebih bebas dan lebih panjang. | UMUM | |