Taman Negara Carlsbad Caverns, di tenggara New Mexico, Amerika Syarikat terkenal kerana terdapat banyak gegua atau gua. Gegua yang paling besar ialah gua carlsbad Caverns. Gegua ini merupakan salah sebuah gegua bawah tanah yang terbesar di dunia. Dalam ruang gegua ini, stalaktit dan stalagmit terbentuk menyerupai kuil Cina, tiang besar, dan isikel seperti renda (lihat Stalagmit; Stalaktit ). Satu ruang besar yang dikenali sebagai Big Room, panjangnya 500 meter dan lebarnya 335 meter. Di satu tempat, tinggi silingnya 78 meter. Haiwan seperti musang, gopher , jack rabbit , mule deer , dan ular orok-orok terdapat di taman ini. Taman Negara ini dibina pada tahun 1930. Untuk mengetahui keluasannya, lihat Taman negara. |