Senapang elektron ialah nadi bagi berbagai- bagai peranti elektron. Ia termasuk tiub televisyen, tiub osiloskop, mikroskop elektron dan mesin sinar-x. Dalam tiub televisyen, senapang elektron menghasilkan alur elektron yang tajam seperti pensel, yang dipecut ke arah skrin pendarfosfor. Elektron mengenai fosfor pada skrin dan menyebabkan ia berkilau. Alur “menulis” gambar pada skrin sama caranya seperti pensel menulis pada kertas. Semakin tinggi halaju elektron, semakin terang imej pada skrin. Dalam penerima televisyen, senapang elektron menulis ratusan garis mendatar bagi setiap gambar. Ia menulis setiap garis dalam masa satu per 60 juta saat. |