Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata osman


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ZAITON OSMANAtlet olahragaSUKANTokoh
OSMAN ABADI

OSMAN ABADI (1930 – 1992), wartawan dan penulis skrip filem Melayu. Dia lahir pada 2 Mac 1930 di Raub, Pahang. Nama sebenarnya ialah Osman bin Mahmud Baginda. Dia mendapat pendidikan awal di Raub. Bapanya seorang tokoh nasionalis Pahang dan Osman banyak terpengaruh dengannya. Sejak dibangku sekolah lagi dia telah menunjukkan minat dalam bidang penulisan terutama rencana, puisi dan cerpen. Minatnya itu mendorong Osman Abadi menjadi pemberita sambilan Utusan Melayu yang ketika itu beribu pejabat di Singapura.

BUDAYATokoh
TUNKU OSMAN TUNKU MOHD. JEWATUNKU OSMAN TUNKU MOHD. JEWA, Tan Sri (1919-1994), Ketua Turus Angkatan Tentera (1964-1969).  Dia lahir pada 24 November 1919 di Alor Setar, Kedah.  Semasa kecil, dia dipelihara oleh ibu saudaranya Tunku Kalsom binti Sultan Abdul Hamid.  Tunku Osman mendapat pendidikan awal di Huching School, Pulau Pinang dan kemudiannya memasuki Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar.  Pada bulan Mac 1935, dia melanjutkan pelajarannya di Bristol Grammar School, England.  Di sana dia dijaga dan diasuh oleh R.J. Mcgregor.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SYEIKH OSMAN JALALUDDIN

SYEIKH OSMAN JALALUDDIN (1880-1952), ulama dan penulis. Beliau lahir di Kampung Panjang, Sering, Kota Bharu, Kelantan. Beliau berasal daripada keluarga yang berada. Ayahnya ialah seorang bomoh terkenal yang boleh mengubati penyakit gila dan penyakit puru. Beliau mendapat pendidikan awal daripada Haji Jamal Perupuk dengan mempelajari kitab-kitab agama dalam tulisan Jawi. Beliau kemudiannya berguru dengan Dato’ Mufti Haji Wan Ahmad di Kota Bharu, Kelantan dan juga pernah belajar agama di Sungai Pinang. Selepas beberapa tahun belajar di Kelantan, beliau melanjutkan pelajarannya di Makkah. Di Makkah, beliau berguru dengan beberapa orang ulama terkenal. Setelah berada di Makkah selama empat tahun, akhirnya beliau pulang ke tanah air. Di Kelantan, beliau terus menyambung pelajarannya di Pondok Tuk Kenali, seorang ulama yang terkenal di Kelantan. Beliau dilantik sebagai pembantu Tuk Kenali dan mengajar kitab fiqah kepada pelajar di pondok itu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
RAHMAH OSMAN, DATO' PADUKA

RAHMAH OSMAN, Dato’ Paduka (1939 -        ), ahli politik, Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia (1984-1987) dan Ketua Pergerakan Wanita Parti Semangat 46 (1988-1992). Dia lahir pada 12 Jun 1939 di Kuala Lumpur. Rahmah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bukit Istana, Kelang dan Kuala Lumpur. Kemudian dia menyambung pelajarannya di Sekolah Perempuan Bukit Bintang hingga Tingkatan Lima. Dia memperoleh Higher School Certificate (HSC) di sebuah sekolah perdagangan di Kuala Lumpur. Setelah bekerja, Rahmah kemudiannya menyambung pelajarannya dan memperoleh Diploma Kewartawanan dari London School of Journalism pada tahun 1971.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MOHAMAD SHARIF OSMAN

MOHAMAD SHARIF OSMAN (1880-an-    ?    ), Menteri Besar Kedah (1948-1954).  Dia lahir di Pulau Pinang.  Kedua-dua ibu bapanya adalah anak angkat kepada Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Syah, Sultan Kedah.  Bapanya bertugas sebagai wakil kerajaan Kedah di Pulau Pinang di samping menyelia pelajar-pelajar yang terdiri daripada kerabat diraja dan anak bangsawan Kedah yang menuntut di Pulau Pinang.  Mohamad Sharif mendapat pendidikan Inggeris di Penang Free School hingga tamat Darjah Tujuh.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
OSMAN GUMANTI

OSMAN GUMANTI, (1920 -      ), pereka tari pelakon filem. Dia dilahir di Padang Panjang, Sumatera, Indonesia. Dia memperoleh pendidikan awal dan menengahnya di Sumatera. Kemudian dia mengikut kursus optikal selama tiga tahun dan bekerja di sebuah kedai di Padang.

BUDAYATokoh
OSMAN AYUB

OSMAN AYUB (1951 -       ), penulis. Dia lahir pada 18 April 1951 di kampung Alur Gelenggang, Sungai Daun, Yan, Kedah. Dia memperoleh pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Besar. Dari tahun 1964 hingga tahun 1969, dia melanjutkan pelajaran menengahnya di Sekolah Menengah Sultan Halim, Jitra. Dia belajar secara persendirian di Kuala Lumpur hingga lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan pada tahun 1977.

SASTERATokoh
MOHD. TAIB OSMAN, DATUK

MOHD.  TAIB OSMAN,  Datuk (1934-    ), ahli akademik dan penyelidik kesusasteraan Melayu klasik dan kebudayaan. Dia lahir pada 13 Mei 1934 di Kampung Kembangan, Singapura. Mohd. Taib mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1941-1945) dan Sekolah Inggeris Rangoon Road (1945-1948). Dia meneruskan pelajarannya di Raffles Institution (1949-1952) dan Universiti Malaya, Singapura (1954-1958) hingga mendapat Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur (1958). Pada tahun 1961, dia mendapat Ijazah Sarjana Sastera dari universiti yang sama. Ijazah Kedoktorannya pula diperoleh pada tahun 1867 dari Indiana University, Amerika Syarikat.

SASTERATokoh
OSMAN DOL

OSMAN DOL (1944- ), penulis. Beliau lahir pada 23 Disember 1944 di Bukit Balai, Durian Tunggal, Melaka. Nama sebenarnya ialah Ahmad bin Dugol. Beliau menerima pendidikan rendah di Sekolah Melayu Durian Tunggal dari tahun 1951 hingga tahun 1957. Beliau meneruskan persekolahan menengah dalam aliran Inggeris dengan memasuki kelas peralihan pada tahun 1958 di St. Francis Institution, Melaka hingga lulus Lower Certificate of Education (LCE) pada tahun 1961.

SASTERATokoh
12

Kembali ke atas