Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata othman


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ARBAK OTHMANAhli bahasa.  Dia lahir di Kampung Sebatu, Merlimau, Melaka.BAHASABahasa
S. OTHMAN KELANTANSasterawan negara.SASTERATokoh
OTHMAN RASUL

OTHMAN RASUL (1940 -        ), penulis. Dia lahir pada 3 Ogos 1940 di Sungai Tukang Sidin, Teluk Intan, Perak. Nama sebenarnya ialah Othman bin Mohd. Rasul. Othman mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Sungai Tukang Sidin, Teluk Intan (1948 – 1951) hingga tamat Darjah Empat. Kemudian dia meneruskan persekolahan dalam aliran Inggeris apabila dia memasuki Special Malay Class di Government English School, Teluk Intan (1952 – 1954).

SASTERATokoh
ZAITON OTHMAN

Zaiton Othman (1959 – ) ialah atlet Malaysia.

Dia lahir pada 3 Mei 1959 di Kepala Batas, Pulau

Pinang. Dia mendapat pendidikan di Sekolah

Kebangsaan Paya Keladi, Kepala Batas, Pulau

Pinang dan di Sekolah Menengah Perempuan St.

Georges, Pulau Pinang.

UMUM 
OTHMAN SULAIMAN

OTHMAN SULAIMAN (1952 – 1992), penulis dan penterjemah. Dia lahir pada 2 April 1925 di Enggor, Perak. Dengan kelulusan Cambridge School Certificate (1941) dan Higher School Certificate (1958), Othman bertugas sebagai kerani di Jabatan Pelajaran Perak pada tahun 1946. Pada awal tahun 1950-an, dia bertugas sebagai guru bahasa Inggeris dan penterjemah di Maktab Pengurusan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Dari tahun 1958 hingga tahun 1959, Othman berkhidmat sebagai setiausaha Lembaga Pelajaran Negeri Perak. Pada 1 Disember 1959, dia dipinjamkan ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan bertugas sebagai penolong pengarang. Pada tahun 1968, dia dilantik sebagai pengarang hinggalah dia bersara pada tahun 1977.

BAHASATokoh
OTHMAN KALAM

OTHMAN KALAM (    ?   - 1955), wartawan. Tarikh lahirnya tidak diketahui. Dia lahir di Padang Rengas, Perak. Othman menerima pendidikan awal di Hogan English School, Kuala Kangsar hingga lulus Darjah Tujuh. Kemudian Othman bertugas sebagai guru bahasa Inggeris di Madrasah al-Mashor, Pulau Pinang. Semasa berkhidmat di madrasah tersebut, dia mengambil kesempatan mempelajari bahasa Arab hingga akhirnya ditugaskan untuk mengajar bahasa Arab di madrasah yang sama. Teman-teman sejawatnya pada ketika itu termasuklah Abdul Rahim Kajai, Ishak Haji Muhammad, Syed Alwi al-Hadi, Mohammad Yunus Abdul Hamid dan Zainal Abidin Haji Alias.

SASTERATokoh
S. OTHMAN KELANTAN

S. OTHMAN KELANTAN (1938 -      ), penulis, pengkaji dan aktivis sastera.  Dia lahir pada 31 Disember 1938 di Tebing tinggi, Kemumin, Kota Baharu, Kelantan.  Nama sebenarnya ialah Syed Othman bin Syed Omar.  S. Othman turut menggunakan nama pena Alyahya dan Ibnu Omar.

SASTERATokoh
ABDUL WAHID OTHMANABDUL WAHID OTHMAN (1910-1990), ulama. Dia lahir di Kampung Paya Rumput, Sungai Udang, Melaka. Dia kenali juga dengan panggilan Lebai Wahid Sungai Udang.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
SYED OTHMAN SYED ABDULLAH AL-SYABAB

SYED OTHMAN SYED ABDULLAH AL-SYABAB, ( ? - ? ), penasihat Sultan Siak. Nama sebenarnya ialah Syed Othman Syahabudin Syed Abdullah al-Syabab. Beliau ialah seorang pengembara Arab. Beliau telah mengahwini Tengku Embung Badariah, puteri Raja Alam dari Siak. Syed Othman kemudiannya telah dilantik sebagai ketua hulubalang Siak.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
WAN SU OTHMANWAN SU OTHMAN (1899-    ), pengukir. Dia lahir di Pangkalan Kubur, Kelantan.   Kini, dia menetap di Kampung Batu 4 Alor Lintang, Besut, Terengganu. Bakat seni ukirnya diwarisi daripada datuknya yang juga seorang pengukir istana kerajaan Melayu Patani.BUDAYATokoh
123

Kembali ke atas