Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : adv a. at, in countries across the sea, di /luar negeri, seberang laut/: it happened while he was ~, perkara itu berlaku semasa dia berada di luar negeri; b. to countries across the sea, ke /luar negeri, seberang laut/: the Smiths have all gone ~, keluarga Smith telah pergi ke luar negeri. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : adj a. at, in, for countries across the sea, di /seberang laut, luar negeri/; (attrib) luar negeri, seberang laut: in order to protect ~ interests..., utk menjaga kepentingan kita di luar negeri...; ~ students, pelajar-pelajar luar negeri; an ~ broadcast, siaran seberang laut; b. from countries across the sea, dr /luar negeri, seberang laut/: ~ visitors, pelawat dr seberang laut; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata overseas


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MOHAMED YAACOB, TAN SRI

MOHAMED YAACOB, Tan Sri (1926-      ), Menteri Besar Kelantan (1978-1990). Dia lahir pada 3 Januari 1926 di Kampung Palekbang, Tumpat, Kelantan. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Laut, Tumpat, dan Sekolah Melayu Mentuan, Kota Baharu. Kemudian, dia meneruskan pelajaran menengahnya di Sultan Ismail College, Kota Baharu dan memperoleh Overseas School Certificate pada tahun 1947.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SHAHRUM YUB

SHAHRUM YUB, Dato’ (1934-     ), budayawan, penulis, Ketua Pengarah Muzium Negara (1972-1991).  Dia lahir pada 21 April 1934 di Tanjung Malim, Perak. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Pulau Tiga, Tepus, Tanjung Belanja dan di Tanjung Malim, Perak hingga tahun 1949.  Dia menyambung pelajarannya di Sekolah Inggeris Methodist Tanjung Malim dan Sekolah Anderson, Ipoh, hingga lulus Overseas School Certificate pada tahun 1953, dan Higher School Certificate (HSC) pada tahun 1956. Dia mendapat ijazah Sarjana Muda Sastera (Antropologi) dari University of Leeds, England (1960).  Pada tahun 1961, dia mengikuti kursus Diploma Pentadbiran Muzium di samping berkhidmat secara sementara dengan British Museum selama setahun.  Sekembalinya ke tanah air, dia berkhidmat dengan Jabatan Muzium sebagai Kurator Etnologi pada 9 Januari 1962.

BUDAYATokoh

Kembali ke atas