Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pad] | ڤد

Definisi : 1. helaian kertas yg diikat sekali pd satu hujung: ~ tulis; 2. bahan lembut (span) yg memberi perlindungan bentuk kpd sesuatu: ~ kasa; kot itu ada ~ pd bahunya; 3. pelapik utk melindungi bahagian tertentu pd badan: ~ lutut; 4. kepingan logam yg rata yg digunakan utk mengapit cakera brek. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pad] | ڤد

Definisi : 1 helaian kertas yg diikat dsb pd satu hujung: ~ tulis. 2 bahan lembut (span dsb) yg memberi perlindungan bentuk kpd sesuatu: Kot itu ada ~ pd bahunya. 3 pelapik utk melindungi bahagian tertentu pd badan: ~ lutut. 4 kepingan logam yg rata yg digunakan utk mengapit cakera brek. ~ tetikus alas yg digunakan sbg tempat menggerak-gerakkan tetikus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pad


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KATAK POKOK

Katak pokok ialah amfibia (haiwan yang hidup di

darat dan di air) yang menghabiskan banyak

masanya di atas pokok. Terdapat beberapa ratus

spesies (jenis) katak pokok. Kebanyakannya

mempunyai pad melekit, yang dinamakan cakera

perekat pada jari kakinya, yang membantu katak ini

memanjat.

UMUM 
ORANG UTAN

Orang utan ialah beruk besar, berbulu kasar

kemerah-merahan yang tinggal di hutan hujan tropika

di Sumatera dan Borneo. Orang utan adalah mamalia

penghuni pokok yang terbesar. Orang utan tingginya

90 hingga 150 sentimeter. Yang jantan mungkin

beratnya dari 70 hingga 90 kilogram. Sesetengah

orang utan jantan mempunyai lengan sepanjang kira-

kira 2 meter. Yang betina saiznya kira-kira setengah

saiz yang jantan. Orang utan jantan yang matang

mempunyai pad pipi yang lebar yang terjojol dari sisi

mukanya dan mempunyai kantung kerongkong yang

besar. Yang betina tidak mempunyai pad pipi dan

hanya mempunyai kantung kerongkong yang kecil.

UMUM 
EUSOFFEE ABDOOLCADER, TAN SRI

EUSOFFEE ABDOOLCADER, Tan Sri (1924 – 1996), hakim dan ahli perundangan. Dia lahir pad 18 September 1924 di Pulau Pinang, Eusoffee memulakan pengajianya di Penang Free School, Pulau Pinang an meneruskan pengajian  ke Raffles College, Singapura. Dia melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di University of Kyoto dan seterusnya ke University College, University of London. Dia mendapat penghormatan tertinggi sebagai pemegang Biasiswa pelajar University of London bagi bidang perundangan dari tahun 1949 hingga tahun 1950 dan mendapat ijazah Sarjana Muda Undang-undag dengan kepujian Kelas Satu. Dia adalah ahli Gray’s Inn dan seterusnya diterima sebagai peguam di United Kingdom pada 26 Januari 1950. Dia diterima sebagai peguam di Tanah Melayu pada 30 Mac 1951 dan seterusnya bertugas di Singapura pada 12 November 1969.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas