| ESPALIER | Espalier ialah kaedah melatih pokok buah atau pokok renek tumbuh mengikut bentuk tertentu pada junjung, pada kekisi atau pada tembok. | UMUM | |
| EDWARD VIII | Edward VIII (1894–1972), menjadi raja United Kingdom (UK) pada 20 Januari, 1936, dan turun takhta pada 11 Disember pada tahun yang sama. | UMUM | |
| ZAKAR | Zakar ialah organ pembiakan luaran pada lelaki. Pada lelaki dan kebanyakan mamalia jantan, air kencing dan bendalir pembawa sperma yang dikenali sebagai semen , keluar melalui zakar. | UMUM | |
| MAKARIOS III | Makarios III (1913–1977) ialah paderi Ortodoks Yunani yang menjadi presiden pertama Cyprus pada tahun 1959. Pada bulan Julai 1974, dia digulingkan oleh tentera Cyprus di bawah pimpinan pegawai-pegawai Yunani. Dengan itu, dia terpaksa meninggalkan negara tersebut. Dia kembali ke Cyprus pada bulan Disember 1974 dan sekali lagi menjadi presiden sehingga dia meninggal dunia pada tahun 1977. Semasa Makarios tidak menjadi presiden, tentera Turki telah menawan sebahagian besar bahagian timur laut Cyprus. | UMUM | |
| KELENJAR MAMARI | Kelenjar mamari ialah kelenjar khas yang terdapat pada semua mamalia. Pada mamalia betina, kelenjar mamari mengeluarkan susu. Ia adalah satu daripada ciri-ciri penting yang membezakan mamalia daripada haiwan-haiwan lain. (Lihat Mamalia). | UMUM | |
| ANDRETTI, MARIO | Andretti, Mario (1940– ), menjadi salah seorang pelumba kereta Amerika yang paling cekap. Andretti memenangi kejohanan lumba kereta dunia Grand Prix pada 1978. Dia memenangi perlumbaan Indianapolis 500 batu (800 kilometer) pada 1969. Andretti memenangi kejohanan lumba kereta U.S. Auto Club pada tahun 1965 dan pada tahun 1966. Pada tahun 1966, dia menduduki tempat pertama dalam lapan perlumbaan dalam sirkit kejohanan Amerika Syarikat. Dia memenangi kejohanan kebangsaan Amerika Syarikat pada tahun 1969 dan pada tahun 1983. Andretti lahir dekat Trieste, Itali. Dia berpindah ke Amerika Syarikat pada tahun 1955. Michael Andrett, anak lelakinya, juga menjadi pelumba kereta yang terkemuka. | UMUM | |
| ABERDEEN, EARL OF | Aberdeen, Earl of 1784–1860) ialah Perdana Menteri United Kingdom ketika Perang Krimea tercetus pada tahun 1854. Pada bulan-bulan awal perang, orang ramai terkejut apabila mengetahui bahawa negara mereka tidak bersedia untuk berperang dan pemimpin tenteranya kelihatan tidak cekap. Aberdeen dipaksa meletakkan jawatan awal pada tahun 1855 kerana reaksi awam terhadap berita itu. | UMUM | |
| EDWARD V | Edward V (1470–1483), menggantikan ayahandanya, Edward IV, sebagai raja England pada bulan April 1483 pada usia 12 tahun. | UMUM | |
| SHARAKU | Sharaku ialah artis Jepun yang masyhur pada akhir tahun 1700-an. Reputasi Sharaku terletak pada torehan kayu yang menggambarkan pelakon Jepun yang diukirnya pada tahun 1794 dan 1795. Kehidupannya sebelum dan selepas menjadi terkenal dan mengapa usia kariernya begitu singkat tidak diketahui. Nama Sharaku ialah nama profesionalnya. Nama sebenarnya tidak diketahui. | UMUM | |
| KECAPI | Kecapi ialah alat muzik bertali purba. Badannya berbentuk buah pear, lehernya mempunyai papan jari yang berfret, dan kotak pasak yang terlekat pada lehernya pada sudut tajam. | UMUM | |