BULAN MELAYU | BULAN MELAYU, majalah untuk kaum wanita yang pertama di Tanah Melayu. Majalah pengetahuan am ini mula diterbitkan pada tahun 1 Jun 1930 oleh Persekutuan Guru-guru Perempuan Melayu Johor yang beribu pejabat di Johor Bahru. | SASTERA | Kitab |
AMPERE | Ampere ialah unit yang digunakan untuk mengukur kadar aliran arus elektrik. Ia adalah salah satu daripada tujuh unit asas dalam sistem metrik, dan simbolnya ialah A. Ampere digunakan untuk mengukur elektrik sebagaimana unit <I>gelen per I> <I>minit I>digunakan untuk mengukur air. Arus elektrik mengalir pada kadar 1 ampere apabila 1 <I>coulomb I> (unit caj elektrik) mengalir melepasi satu bahagian litar elektrik dalam masa 1 saat (lihat Coulomb ). Oleh itu, 1 ampere bersamaan dengan 1 coulomb per saat. Ahli fizik mentakrif ampere dari segi daya magnetik, yang diukur dalam newton, yang dihasilkan oleh arus. | UMUM | |
PERTEMPURAN GETTYSBURG | Pertempuran Gettysburg, berlaku pada 1 Julai hingga 3 Julai 1963 dan merupakan titik penentuan dalam Perang Saudara Amerika (1861–1865). Jeneral George G. Meade yang mengetuai tentera Utara (Kesatuan) seramai 90 000 orang untuk menewaskan Jeneral Robert E. Lee yang mengetuai tentera Selatan (Gabungan) seramai 75 000 orang. Kedua- dua pasukan bersenjata bertempur secara kebetulan di sebuah bandar kecil, di Gettysburg, Pennsylvania . Tembak-menembak berlaku apabila briged gabungan menyerang pasukan berkuda Kesatuan di bandar Gettysburg pada 1 Julai. | UMUM | |
PERJANJIAN KAWASAN EKONOMI EROPAH (EEA | Perjanjian Kawasan Ekonomi Eropah (EEA) mula berkuat kuasa pada 1 Januari 1994. Perjanjian ini mewujudkan kawasan perdagangan bebas yang terbesar bagi 372 juta pengguna. Ia merupakan satu perdagangan dan pakatan ekonomi antara semua anggota Kesatuan Eropah berserta Norway dan Iceland , iaitu ahli Pertubuhan Perdagangan Bebas Eropah (EFTA). Liechtenstein turut sama dalam perjanjian EEA ini pada 1 Mei tahun 1995. | UMUM | |
SLOVAKIA | Slovakia ialah sebuah negara di tengah Eropah yang mencapai kemerdekaan pada 1 Januari 1993. Negara ini disempadani Poland di sebelah utara, Ukraine di timur, Hungary di selatan, dan Austria serta Republik Czech di barat. Dari tahun 1918 hingga 31 Disember 1992, Slovakia dan Republik Czech merupakan rakan dalam negara yang lebih besar, iaitu Czechoslovakia. Kerajaan komunis mengambil alih tampuk pemerintahan Czechoslovakia dari tahun 1948 hingga tahun 1989. | UMUM | |
REPUBLIK CZECH | Republik Czech ialah negara yang terletak di tengah Eropah yang memperoleh kemerdekaan pada 1 Januari 1993. Negara ini bersempadan dengan Poland di sebelah utara, Slovakia di sebelah timur dan Jerman di sebelah barat. Prague ialah ibu negaranya dan bandar yang terbesar. Dari tahun 1918 hingga 31 Disember 1992, kawasan yang kini Republik Czech bersatu dengan Slovakia bagi membentuk sebuah negara yang lebih besar dikenali Czechoslovakia. | UMUM | |
DUARTE, JOSÉ NAPOLEON | Duarte, José Napoleon (1926–1990), mula menjawat jawatan Presiden EI Salvador yang dipilih pada 1 Jun 1984. Dia berkhidmat sebagai presiden kerajaan junta tentera dari tahun 1980 hingga tahun 1982. | UMUM | |
ABDUL AZIZ ABBAS | ABDUL AZIZ ABBAS (1941- ), penulis, Dia lahir pada 1 April 1941 di Kampung Tanjung Bayan, Teluk Intan, Perak. Aziz pernah menggunakan nama samaran Adly Azamin. | SASTERA | Konsep |
AIDILFITRI | AIDILFITRI, perayaan agama yang disambut pada 1 Syawal oleh masyarakat Islam di seluruh dunia. | BUDAYA | Konsep |
KAMARUDDIN HAJI IDRIS, DATO | KAMARUDDIN HAJI IDRIS, Dato’ (1905- ), pentadbir. Dia lahir di Petaling Jaya, Selangor. Dia mendapat pendidikan di Victoria Institution, Kuala Lumpur dan Kolej Melayu Kuala Kangsar. Setelah menamatkan persekolahannya, dia berkhidmat sebagai pelatih pada tahun 1920 sebelum dilantik sebagai pegawai dalam Malayan Administrative Service (MAS) pada 1 Mac 1923. Kemudian dia dilantik sebagai pegawai Malayan Civil Service (MCS) pada 1 Januari 1935. Pada 1 Februari 1948, dia dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Terengganu yang pertama. Pada tahun 1950, dia dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |