TIMOTHY | Timothy ialah salah seorang daripada sahabat Saint Paul . Dia berkemungkinan lahir di Lystra, di Asia Kecil. Bapanya berbangsa Yunani dan ibunya Yahudi (Acts 16:1, II Timothy 1:5). Dia dipercayai memeluk agama Kristian apabila Paul bermusafir untuk mengembangkan agama buat pertama kali dan telah bercakap dengannya. Walau bagaimanapun, Paul tidak pernah berbincang tentang pertemuan pertama mereka dan Timothy hanya dikenali sebagai pengikut apabila dia bertemu Paul di Lystra (Acts 16:1–3). Timothy mengikut Paul dalam perjalanannya yang kedua dan dia dikenali sebagai sahabat dan teman seperjalanan Paul yang dipercayai sehingga kematiannya. Timothy kemudian mengambil alih tempat Paul sebagai biskop Gereja Ephesus. Dia dipercayai mati kerana agama lebih kurang pada tahun 100 M. | UMUM | |
SULTAN IDRIS ISKANDAR AL-MUTAWAKKIL ALLALLAHI SYAH II | Kapsyen1"> :1"> Sultan Idris Iskandar al-Mutawakkil Allallahi Syah II SULTAN IDRIS ISKANDAR AL-MUTAWAKKIL ALLALLAHI SYAH II (1924-1984), Sultan Perak yang ke-33 (1963-1984). Baginda diputerakan pada 12 Ogos 1924 di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Baginda ialah putera kedua Sultan Iskandar Syah dan Raja Teh Umi Kalsum binti Raja Muhammad Iskandar. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bukit Chandan pada tahun 1931. Setahun kemudian, baginda ditukarkan ke Sekolah Inggeris Clifford, Kuala Kangsar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
PELITA BAHASA MELAYU | 1.25pt 0pt 1pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PELITA BAHASA Melayu, buku tatabahasa dan latihan penggunaan bahasa Melayu. Buku ini dikarang oleh Zainal Abidin Ahmad (Za’ba) dan diterbitkan oleh Pejabat Karang-Mengarang, Jabatan Pelajaran, Persekutuan Tanah Melayu. Pelita Bahasa Melayu Penggal I (PBM I) diterbitkan pada tahun 1940, Pelita Bahasa Melayu Penggal II (BM II) pada tahun 1946 dan Pelita Bahasa Melayu Penggal III (PBM III) pada tahun 1947. Ketiga-tiga penggal itu telah dicetak semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, pada tahun 1962. Penggal I dicetak semula sebanyak tiga kali, dan yang terakhirnya pada tahun 1965. | BAHASA | Penerbitan |
PENTAS OPERA | 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENTAS OPERA, drama 13 babak karya Zakaria Ariffin. Drama ini memenangi hadiah kedua dalam Pertandingan Hadiah Drama ESSO-GAPENA II pada tahun 1988/89, dan dipentaskan buat pertama kalinya di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1989 oleh anggota Badan Budaya DBP. Zakaria bertindak sebagai pengarah. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
SULTAN HAJI OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN III | Kapsyen1"> :1"> Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien III SULTAN HAJI OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN III (1914-1986), Sultan Negara Brunei Darusslam yang ke-28 (1950-1967). Baginda diputerakan pada 23 September 1914 di Istana Kota, Kampung Sultan Lama, Bandar Brunei (kini Bandar Seri Begawan). Baginda adalah putera ketujuh Sultan Muhammad Jamalul Alam II. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Khas, Istana. Selepas itu, baginda menuntut di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak selama empat tahun (1932-1936). Di samping itu, baginda belajar empat bahasa Inggeris secara persendirian di Brunei. Baginda juga mendapat didikan agama dan semasa kecil, baginda belajar mengaji al-Qur’an selama 10 tahun dan khatam 40 kali. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
PERSATUAN ULAMA SELURUH ACEH | PERSATUAN ULAMA SELURUH ACEH, pertubuhan golongan ulama yang mempunyai tujua sosial dan politik di Aceh, Sumatera, Indonesia. Persatuan Ulama Seluruh Aceh (PUSA) ditubuhkan pada 5 Mei 1939 dalam satu musyawarah pada ulama yang diadakan di Matang Gelumpang Dua, Aceh. Dalam musyawarah ini, Teungku Muhammad Daud Beureueh dilantik sebagai ketua 1, Teungku Abd. Rahman Meunasah Meucap sebagai ketua II, Teungku M. Nur Ibrahimy sebagai setiausaha I, Teungku Ismail Yacub sebagai setiausaha II dan Teungku M. Amin sebagai bendahari. Ahli jawatankuasa pula terdiri daripada Teungku Abd. Wahab Samalanga, Teungku Syekh Haji Abdul Hamid, Teungku M. Daud, Teungku Usman Lampoh Awe dan Teungku Yahya Baden. Rata-rata pemimpin PUSA merupakan tokoh pejuang Aceh. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Persatuan |
CIK SITI WAN KEMBANG | CIK SITI WAN KEMBANG (1580-1677), pemerintah negeri bernama ‘Negeri Serendah Sekebun Bunga Cerang Tagayong’ dengan gelaran Seri Maharaja Puteri. Mengikut sejarah tempatan, Cik Siti Wan Kembang ialah puteri kepada Raja Ahmad, Yang Dipertua Kelantan dengan isterinya yang bernama Cik Banun, anak bongsu kepada Nara Diraja, seorang pembesar Kelantan. Semasa Cik Siti Wan Kembang berusia lebih kurang empat tahun, Raja Ahmad mangkat. Baginda digantikan oleh Raja Hussin dari Johor dengan gelaran Sultan Hussin. Raja Hussin ialah satu-satunya putera kepada Raja Umar, iaitu Sultan Johor yang bergelar Sultan ‘Ala Jalla Abdul Jalil II yang memerintah Johor dari tahun 1570 hingga tahun 1597. Sultan Hussin memerintah Kelantan selama 26 tahun, dari tahun 1584 hingga tahun 1610. Cik Siti Wan Kembang yang masih kecil itu diasuh oleh Sultan Hussin sebagai puteri angkat baginda. Apabila Sultan Hussin mangkat pada tahun 1610, Cik Siti Wan Kembang, ketika itu berusia lebih kurang 30 tahun, ditabal sebagai Raja Pemerintah Kelantan. Cik Siti Wan Kembang dikatakan bersemayam di Gunung Besar yang kemudian dinamai Gunung Cintawangsa yang sekarang ini terletak di sempadan Kelantan-Terengganu. Baginda tidak bersuami. Di bawah pemerintahan Cik Siti Wan Kembang negeri Kelantan bertambah maju dan terkenal sehingga ramailah pedagang termasuk yang datang dari luar negeri seperti dari negeri China, India dan Arab berniaga di Kelantan. 1"> | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |