| GRES | GRES, kumpulan 17 cerpen karya Putu Wijaya. Kumpulan cerpen ini diterbitkan oleh Balai Pustaka, Jakarta pada tahun 1982. Cerpen yang terhimpun dalam kumpulan ini memperlihatkan suatu kecenderungan baharu dalam penampilan karya-karya Putu Wijaya iaitu jagat raya realiti yang berbaur dengan jagat impian yang saling menyatu dan amat sukar untuk melihat batas pemisahnya. Dari sudut ini, cerpen Putu Wijaya harus dirujuk pada hakikat cereka sebagai lojik cereka bahawa realitinya adalah realiti imaginatif. | SASTERA | Karya |
| SUREALISME | Surealisme ialah pergerakan dalam bidang seni dan kesusasteraan. Ia diasaskan di Paris pada tahun 1924 oleh pemuisi Perancis, André Breton. Seperti dadaisme, punca bermulanya, surealisme menggunakan seni sebagai senjata melawan kedurjanaan dan batasan yang ahli surealisme lihat dalam masyarakat. Berbeza daripada dadaisme, walau bagaimanapun surealisme cuba mendedahkan satu hakikat baru dan lebih tinggi daripada kehidupan seharian. Surealisme ialah perkataan yang dicipta yang bermaksud super realisme. | UMUM | |
| AIDS | AIDS ialah peringkat akhir jangkitan yang mengancam nyawa akibat virus kurang daya tahan (HIV). AIDS ialah akronim bagi sindrom kurang daya tahan penyakit. Nama ini merujuk kepada hakikat bahawa HIV merosakkan dengan teruk sistem imun melawan penyakit pada pesakit. Kes AIDS pertama kali dikenal pasti pada tahun 1981 di Amerika Syarikat, tetapi penyelidik telah mengesan kes ini seawal tahun 1959. Berjuta-juta kes AIDS telah didiagnosis di seluruh dunia. | UMUM | |
| PERISTIWA PASIR SALAK | PERISTIWA PASIR SALAK, peristiwa kebangkitan orang Melayu menentang penjajahan British yang ditandai dengan pembunuhan J.W.W. Birch di Perak pada tahun 1875. Peristiwa ini didorong oleh hakikat bahawa pembesar Melayu berasa tertipu oleh politik British hingga menimbulkan kegelisahan di kalangan mereka sehingga mereka bertindak melakukan pembunuhan. Usaha pembunuhan British ditangani oleh Dato’ Maharaja Lela yang mendapat restu daripada Sultan Abdullah dan Raja Ismail. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |