NICHOLAS II | Nicholas II (1010?–1061) dimahkotakan sebagai paus pada tahun 1059. Pemerintahannya terkenal kerana muktamar gereja Lateran tahun 1059, yang memperbaharui prosedur baru untuk memilih paus. Muktamar gereja menerbitkan dekri utama yang menyatakan bahawa biskop kardinal, pada hakikatnya akan mencadangkan seorang calon paus. Kemudian semua kardinal akan “memilih”, yang sebenarnya bermakna menerima, calon yang dicadangkan. | UMUM | |
BAHASA-BAHASA SABAH | BAHASA-BAHASA SABAH, bahasa penduduk di Sabah yang tidak terbatas kepada mereka yang sudah beratus tahun tinggal di Sabah dan di Kepulauan Melayu, tetapi juga termasuk mereka yang datang dari luar untuk bermastautin di situ. Dengan itu, bahasa yang dituturkan di Sabah tidak terhad kepada bahasa daripada rumpun Austronesia, tetapi juga bahasa dari rumpun yang lain. Golongan kedua ini diwakili oleh bahasa Cina yang terdiri daripada berbagai-bagai dialek, bahasa dari India, dan juga bahasa Inggeris. Di samping itu, terdapat bahasa Chabacano yang pada hakikatnya tidak termasuk dalam mana-mana rumpun, kerana bahasa yang dibawa oleh pendatang Filipina ini merupakan bahasa Kreol, hasil campuran bahasa Filipina, Sepanyol dan Inggeris. | BAHASA | Bahasa |