ELEKTROPENYADURAN | Elektropenyaduran ialah proses membubuh salutan logam pada sesuatu logam atau permukaan pengalir yang lain dengan menggunakan arus elektrik. | UMUM | |
NILAI | Nilai dalam bidang ekonomi, bermaksud kuasa yang ada pada sesuatu barangan untuk membolehkannya ditukar dengan barangan lain. Nilai berkaitan dengan syarat yang dikenakan apabila menukar sesuatu barangan dengan yang lain. Nilai tidak sama dengan harga. Harga suatu barangan ialah kuasa tukaran dalam bentuk wang. Nilai, bererti kuasa tukaran dalam bentuk barangan lain. | UMUM | |
ALIRAN GELORA | Salah satu perkakas hambatan hakisan yang sering digunakan pada sesuatu rentetan tetiub. Gandingan aliran tetiub lazimnya dipasang pada bahagian sebelah atas dan sebelah bawah suatu komponen subpermukaan tambahan rentetan tetiub. Komponen subpermukaan tambahan rentetan tetiub yang perlu dipasang dengan gandingan aliran terdiri daripada beberapa bahagian, iaitu injap keselamatan subpermukaan, puting mendarat, dan sarung gelangsar......Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Konsep |
GANDINGAN ALIRAN TETIUB | Salah satu perkakas hambatan hakisan yang sering digunakan pada sesuatu rentetan tetiub. Gandingan aliran tetiub lazimnya dipasang pada bahagian sebelah atas dan sebelah bawah suatu komponen subpermukaan tambahan rentetan tetiub. Komponen subpermukaan tambahan rentetan tetiub yang perlu dipasang dengan gandingan aliran terdiri daripada beberapa bahagian, iaitu injap keselamatan subpermukaan, puting mendarat, dan sarung gelangsar....Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Konsep |
PUSAT GRAVITI | Pusat graviti ialah titik pada sesuatu objek di mana daya graviti kelihatan bertindak. Jika sesuatu objek digantung dari mana-mana titik pada garis tegak yang melalui pusat gravitinya, objek tersebut akan tetap pegun. Tetapi jika pusat graviti condong kepada sebelah titik yang di sekelilingnya objek boleh berputar, objek itu akan berputar mengikut arah itu. | UMUM | |
SEGI EMPAT SAMA | Segi empat sama ialah rajah satah dalam geometri, yang mempunyai empat sisi yang lurus dan empat sudut tegak (90º) yang sama. Jika setiap sisi pada sesuatu segi empat sama berukuran empat sentimeter panjang, maka segi empat sama tersebut boleh dipotong menjadi 4 x 4, atau 16 segi empat sama yang lebih kecil yang mempunyai sisi satu sentimeter panjang. Luas segi empat sama tersebut bersamaan 16 sentimeter persegi (lihat Ukuran persegi ). Dalam aritmetik dan algebra, kuasa dua bagi sesuatu kuantiti ialah hasil kuantiti itu sendiri. Contohnya, 16 ialah kuasa dua 4, kerana 4 x 4 = 16. Jika b mewakili sebarang kuantiti, maka kuasa dua bagi b , atau b+ b, ditulis sebagai b² . Angka 2 kecil yang ditulis di sebelah kanan dan atas huruf b dikenali sebagai eksponen . Eksponen 2 tersebut menunjukkan bahawa kuantiti b hendaklah diambil dua kali sebagai satu faktor. Lihat juga Kuasa; Punca kuasa dua; Sisi empat. | UMUM | |
SYELEK | Syelek ialah cecair yang terbentuk daripada kepingan resin yang dilarutkan dalam alkohol. Ia digunakan sebagai varnis. Kepingan ini adalah bentuk kering suatu bahan melekit yang dinamakan resin lak (lihat Lak). Apabila syelek disapu pada sesuatu permukaan, alkohol dalam larutannya menyejat, meninggalkan kemasan yang berkilat. Kepingan resin syelek berwarna kuning, jingga, atau kemerahan, tetapi boleh dilunturkan menjadi putih. Syelek juga digunakan dalam pembuatan gula-gula, ubat, dakwat percetakan, dalam bahan penebat, dan sebagai pengeras. Lihat juga Lakuer; Resin; Varnis. | UMUM | |
PUASA | Puasa ialah menahan diri daripada memakan makanan atau jenis-jenis makanan yang tertentu dalam satu tempoh waktu. Asal usul puasa (bukan berkaitan dengan Islam) tidak diketahui. Tetapi adat berpuasa telah menjadi amalan dalam setiap kumpulan agama utama pada sesuatu masa tertentu. | UMUM | |
RASA SAYANG | RASA SAYANG, sejenis lagu rakyat yang dinyanyikan secara beramai-ramai pada sesuatu majlis. Lagu yang berasal dari kepulauan Maluku, Indonesia ini juga dikenal dengan nama “Rasa Sayang Eh” tetapi nama asalnya ialah “Rasa Sayang”. Lagu ini terkenal di seluruh rantau Asia Tenggara dan pernah dinyanyikan dalam bahasa Tagalog, Thai, China dan Tamil. Lagu ini mengandungi unsur-unsur kasih sayang, keceriaan, kemesraan dan juga usik-mengusik di kalangan kumpulan yang sama-sama mendendangkan lagu tersebut. | BUDAYA | Karya |
KELEMUMUR | Kelemumur ialah kepingan kulit mati yang tertanggal dari kulit kepala. Kepingan ini mungkin berwarna kuning dan berminyak, atau putih dan kering. Kulit kepala biasanya akan menanggalkan sel kulit yang telah mati. Kelemumur biasanya terbentuk apabila kulit kepala menanggalkan lapisan tebal sel yang mati. Para doktor belum lagi mengetahui sepenuhnya punca sebenar keadaan ini boleh berlaku, tetapi kebanyakan daripada kita menghadapinya pada sesuatu masa. Dalam keadaaan yang tertentu, kelemumur yang sedikit boleh dihindarkan dengan kerap membasuh rambut. Kelemumur tidak akan menyebabkan kebotakan. | UMUM | |