Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
waktu (kata nama)
1. Bersinonim dengan masa: jangka masa, saat, ketika, kala, sangkala, tempoh, zaman, tenggak,

2. Bersinonim dengan kesempatan: peluang, tempoh, kelapangan,

Kata Terbitan : sewaktu, sewaktu-waktu,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SNIPERSKOP

Sniperskop ialah peranti elektronik yang dapat

digunakan untuk membidik raifal dengan tepat

pada waktu malam. Ahli sains Amerika mencipta

sniperskop ketika Perang Dunia II (1939–1945)

untuk membolehkan pasukan tentera berjuang

dengan lebih berkesan pada waktu malam.

Sniperskop telah diganti dengan starlight skop

yang dicipta pada tahun 1963 dan digunakan buat

pertama kalinya ketika Perang Vietnam. Angkatan

tentera dan polis bukan sahaja menggunakan

starlight skop untuk menembak pada waktu

malam, malah semasa meronda di tempat yang

gelap. Askar-askar menggunakan peranti ini pada

senjata yang lebih besar seperti meriam dan

pelancar misil serta juga senapang.

UMUM 
DAYANG SULUT SULAMPID

DAYANG SULUT SULAMPID, tarian tradisional Iranun yang amat popular. Tarian ini biasanya ditarikan pada waktu malam semasa bulan mengambang, ketika orang Iranun berehat setelah berpenat lelah bekerja pada waktu siang. Dayang sulut sulampid juga ditarikan untuk meraikan orang kenamaan atau menyambut bayi yang baru lahir.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
KELLOGG, W. K.

Kellogg, W. K. (1860–1951), pengeluar bijirin

Amerika yang terkenal dengan gelaran “King of The

Corn Flakes” (Raja Kepingan Jagung). Semasa

separuh pertama usianya, Will Keith Kellogg tidak

dikenali ramai. Namun apabila dilantik sebagai

ketua syarikat bijirin yang ditubuhkan pada tahun

1906, dia mula menjadi salah seorang pakar

jurujual dan saudagar utama pada waktu itu, dan

berjaya mengumpul harta.

UMUM 
PORTLAND, DUKE OF

Portland, Duke of (1738–1809) ialah perdana

menteri Britain yang memegang jawatannya

sebanyak dua kali. Semasa memimpin Parti Whig

(lihat Parti Whig ), dia mengetuai kerajaan

campuran untuk jangka waktu yang pendek pada

tahun 1783. Pada tahun berikutnya, pendiriannya

berubah dan dia keluar daripada Parti Whig, lalu

menyertai Parti Tory. Dari tahun 1794 hingga

tahun 1801, dia berkhidmat sebagai setiausaha

dalam negeri di bawah William Pitt the Younger.

Pada tahun 1807, dia kembali menjadi perdana

menteri dan mengetuai kerajaan Tory.

UMUM 
DATUN JULUT

DATUN JULUT, tarian masyarakat Kenyah di Sarawak. Tarian ini biasanya ditarikan oleh kaum perempuan pada hari kebesaran ataupun semasa meraikan kedatangan pelawat ke rumah panjang mereka. Lazimnya, tarian ini diadakan pada waktu petang. Kadang-kadang pihak lelaki juga ikut serta bagi menyerikan lagi suasana perayaan tersebut.

         

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
MADISON, JAMES

Madison, James (1751–1836) ialah presiden

keempat Amerika Syarikat yang berkhidmat dari

tahun 1809 hingga tahun 1817. Dia digelar “Bapa

Perlembagaan Amerika Syarikat“ kerana dia

merancang sistem sekatan dan imbangan yang

boleh mengawal kerajaan Amerika Syarikat. Dia

menjadi presiden Amerika Syarikat semasa perang

tahun 1812 antara Amerika dan Britain. Madison

lahir pada 16 Mac, 1751 (5 Mac mengikut kalendar

yang digunakan pada masa itu), di Port Conway,

Virginia, pada waktu itu koloni British. Pada tahun

1776, dia berkhidmat di Majlis Perundangan

Virginia yang pertama yang menemukannya

dengan Thomas Jefferson (lihat Jefferson, Thomas ).

Pada tahun 1779, Madison telah dipilih untuk ke

Kongres Benua, dan kembali pada tahun 1783

untuk berkhidmat selama tiga penggal di dewan

perundangan negeri Virginia.

UMUM 
DARI AVE MARIA KE JALAN LAIN KE ROMA

DARI AVE MARIA KE JALAN LAIN KE ROMA, kumpulan cerpen, sketsa dan drama Idrus, setebal 168 halaman diterbitkan pada tahun 1948 oleh Balai Pustaka, Indonesia dan pernah diulang cetak sebanyak lima kali. Cetakan kelima, iaitu pada tahun 1975 diberi kata pendahuluan oleh H.B. Jassin. Karya ini terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian pertama, “Zaman Jepun” adalah hasil tulisan Idrus pada waktu awal kedatangan Jepun ke Indonesia. Bahagian kedua “Corat-coret di Bawah Tanah” ditulis semasa pendudukan Jepun di Indonesia. Bahagian ketiga mengandungi “Kisah Sebuah Celana Pendek” dan “Surabaya dan Jalan Lain ke Roma”, dihasilkan sesudah 17 Ogos 1945, iaitu setelah Jepun menyerah kalah dan ketika api revolusi menuntut kemerdekaan sedang marak.

 

SASTERAKarya

Kembali ke atas