Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
STADIUM

Stadium ialah struktur besar untuk penonton

yang dibina mengelilingi padang permainan atau

arena. Stadium mempunyai tempat duduk yang

diatur dalam baris. Dari tempat duduk ini,

penonton dapat melihat acara sukan dan acara

awam lain seperti konsert. Stadium terbesar di

dunia termasuklah Stadium Strahov di Prague,

Republik Czech, dan Stadium Perbandaran

Maracana di Rio de Janeiro, Brazil. Kedua-dua

stadium ini boleh menampung lebih daripada

200 000 penonton.

UMUM 
TAMAN PERMAINAN

Taman permainan ialah kawasan luar rumah

yang digunakan untuk bermain. Kebanyakan taman

permainan direka khas untuk kanak-kanak, tetapi di

sesetengah negara seperti di Amerika Syarikat,

taman permainan juga menyediakan kemudahan

bersukan untuk orang dewasa. Di negara tertentu

seperti di United Kingdom, kawasan permainan

yang mempunyai kemudahan bersukan dikenali

sebagai padang permainan. Istilah taman permainan

biasanya bermaksud kawasan untuk kanak-kanak

bermain buaian, memanjat kerangka besi dan

kelengkapan permainan yang lain. Rencana ini

hanya mengenai taman permainan jenis yang kedua

ini.

UMUM 
BOLING PADANG

Boling padang, permainan yang memerlukan seseorang pemain meleretkan bola sedekat yang mungkin kepada bola sasaran yang dikenali sebagai jack.

SUKANPermainan/Sukan/Rekreasi
KRIKET

Kriket ialah permainan yang dimainkan dengan

kayu pemukul dan bola oleh dua pasukan yang

terdiri daripada 11 pemain dalam setiap pasukan.

Permainan ini terutamanya popular di Britain, dan

di banyak negara yang pernah menjadi koloni British.

Kriket dimainkan di padang rumput berbentuk

bulat atau bujur. Pergerakan tertumpu pada sebidang

padang di antara dua wiket yang dinamakan

lapangan tengah (pitch). Setiap wiket terdiri daripada

tiga kayu pancang dan dua batang kayu yang

dinamakan anak pancang yang terletak di atas kayu

pancang.

UMUM 
POLO

Polo ialah sukan menggunakan bola yang

dimainkan dengan menunggang kuda di padang

yang luas atau di dalam bangunan. Dalam

permainan ini, dua pasukan yang mempunyai empat

pemain setiap pasukan akan cuba memukul bola ke

gawang pihak lawan.

UMUM 
MEMBALING TUKUL BESI

Membaling tukul besi, acara padang yang menggunakan sejenis bola besi yang diikat pada dawai besi.

SUKANPermainan/Sukan/Rekreasi
MELONTAR PELURU

Melontar peluru, acara padang yang menggunakan bebola besi dikenali sebagai peluru yang dilontar sejauh yang boleh ke kawasan mendarat.

SUKANPermainan/Sukan/Rekreasi
MELEMPAR CAKERA

Melempar cakera, acara padang yang menggunakan sejenis alat yang berbentuk bulat leper, diperbuat daripada kayu dengan bahagian tepi dan tengahnya berlogam, dilempar sejauh mungkin ke kawasan mendarat.

SUKANPermainan/Sukan/Rekreasi
MEREJAM LEMBING

Merejam lembing. Acara padang yang memerlukan seseorang peserta membaling lembing sejauh yang mungkin ke dalam kawasan mendarat.

SUKANPermainan/Sukan/Rekreasi
LOMPAT JAUH

Lompat jauh ialah acara padang yang melibatkan larian pantas dan diikuti dengan lonjakan sejauh yang mungkin sebelum mendarat di atas pasir.

SUKANPermainan/Sukan/Rekreasi

Kembali ke atas