Saluran havers ialah saluran-saluran halus di dalam tisu tulang padat, iaitu lapisan luar tulang yang keras. Setiap saluran mengandungi pembuluh darah, salur limfa (bendalir tisu), tisu perantara, dan saraf. Pembuluh darah membawa nutrien dari pembuluh yang lebih besar dalam periosteum (selaput yang menyaluti tulang) ke tisu tulang. Lapisan tisu tulang mengelilingi setiap saluran untuk membentuk suatu silinder. Saluran dan tisu tulang ini dikenali sebagai sistem osteon atau sistem havers. Osteon ialah struktur asas yang membentuk tulang padat. |