TEOKRASI | Teokrasi ialah satu bentuk kerajaan yang diperintah oleh paderi atau paderi-paderi, dan paderi-paderi ini mempunyai kuasa ke atas perkara-perkara sivil dan keagamaan. Perkataan theocracy berasal daripada dua perkataan Yunani, iaitu theos yang bermakna tuhan dan kratein yang bermakna memerintah. | UMUM | |
PADERI | Paderi ialah orang yang dilatih khas untuk menjalankan tugas dan upacara keagamaan dan memberi nasihat keagamaan. | UMUM | |
KETUA PADERI | Ketua paderi ialah ketua keagamaan Yahudi pada zaman Bible sehinggalah kuil milik orang Yahudi di Jerusalem binasa pada tahun 70 M. | UMUM | |
OWEN, GORONWY | Owen, Goronwy (1728–1769?) ialah penyair dan paderi Wales. Dia paling diingati kerana puisinya yang berirama cywydd orang Wales (sejenis oda). Puisi ini menunjukkan kepakaran Owen dalam bahasa Wales dan keaslian gayanya. Karyanya yang paling dikenali ialah tulisan awalnya Calendr Y Carwr (The Lover’s Calendar) dan Cywydd Y Farn Fawr (Ode on the Last Judgement). Owen lahir di Rhos Fawr, Anglesey, Wales. Dia memasuki Oxford University dan berkhidmat sebagai pembantu paderi dan guru besar di Shropshire dan London. Owen mengajar di Williamsburg, di Virginia, Amerika Syarikat dari tahun 1760 sehingga kematiannya. | UMUM | |
ALBAN, SAINT | Alban, Saint ( ? –209), diingati sebagai orang pertama di Britain yang mati suci kerana agama. Dia ialah warga kota kerajaan Rom yang bernama Verulamium, kini St. Albans, di Hertfordshire, England. Alban melindungi seorang paderi yang melarikan diri daripada hukuman mati yang dikenakan oleh orang Rom. Paderi itu mengkristiankan Alban. Askar yang mencari paderi itu menemui Alban yang memakai pakaian paderi. Mereka telah menangkapnya dan dia dihukum mati. | UMUM | |
DRUID | Druid ialah kelas paderi terpelajar dalam kalangan orang Celt, iaitu satu kaum Eropah purba. | UMUM | |
SEMINARI | Seminari ialah kolej untuk melatih bakal paderi dan pemimpin gereja dan lain-lain pertubuhan keagamaan. Ia juga dikenali sebagai kolej teologi atau sekolah deviniti, dan merupakan sebuah institutsi peringkat ijazah. Pelajar seminari pada amnya mempelajari doktrin, sejarah, falsafah dan tulisan kitab suci mengenai agama mereka. Ramai juga yang mempelajari mata pelajaran amali, seperti psikologi pastoral, pendidikan agama, ibadat dan berdakwah. Seminari di beberapa negara biasanya menawarkan ijazah lanjutan, seperti Ijazah Sarjana dan Kedoktoran. Sesetengah kumpulan keagamaan pula menganugerahkan diploma, lesen atau sijil bagi menggantikan ijazah. | UMUM | |
PRIESTLEY, JOSEPH | Priestley, Joseph (1733–1804) ialah paderi dan ahli kimia Inggeris, yang berkongsi penghargaan dengan Carl William Scheele dari Sweden kerana penemuan oksigen mereka secara bersama (lihat Oksigen ). Priestley menamakan gas itu “udara berdeflogiston”, manakala ahli kimia Perancis, Antoine Lovoisier menamakannya sebagai oksigen. | UMUM | |
STERN, LAURENCE | Stern, Laurence (1713–1768) ialah paderi British yang tiba-tiba menjadi terkenal sebagai penulis novel The Life and Opinions of Tristram Shandy, Gentleman (1760–1767). | UMUM | |
MAJUSI | Majusi ialah anggota keturunan kelas paderi dari Media, kerajaan purba yang terletak di kawasan yang kini dikenali sebagai utara Iran. Seseorang anggota kelas tersebut dipanggil Magus. Majusi dikenali sebagai pengamal magis, pentafsir mimpi dan petanda sesuatu kejadian serta mempersembahkan korban astrologi. | UMUM | |