Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sj tumbuhan (rumput yg buahnya dijadikan beras), Oryza spp.; 2. buah pokok padi; ~ bendang (paya, sawah) padi yg ditanam di tempat yg berair; ~ berat (dalam, lambat) padi yg lama baru berbuah, padi yg lambat berbuah; ~ berdukung padi yg kembar buah­nya dan dianggap bertuah; ~ bibit padi yg bakal disemai; ~ bukit (gogo, huma, ladang) padi yg ditanam di tempat yg tidak berair; ~ burung sj tumbuhan (rumput) yg biasanya tumbuh di sawah, Echibochloa crusgalli; ~ cerai padi yg cepat berbuah dan kecil-kecil buahnya; ~ kernap padi semaian utk meng­gantikan pokok yg mati; ~ ketam padi pulut; ~ kunca peminjaman wang oleh petani dgn perjanjian akan dibayar dgn padi apabila masak nanti; ~ lekas (radin, ringan) padi yg cepat berbuah; ~ Mahsuri sj padi kacukan (antara padi dr Taiwan dgn padi dr Kedah) yg menghasilkan tanaman dua kali setahun; ~ Malinja sj padi kacukan (antara padi Malay­sia, India dan Jepun) yg menghasilkan biji padi yg besar; ~ pulut (sipulut) padi yg berasnya melekat-lekat (biasanya dibuat penganan dll); ~ rambai Kd sj padi yg panjang, berwarna putih (tidak lagi ditanam sekarang); ~ usang a) padi yg lama tersimpan; b) Kl orang tua yg berpengalaman banyak; ~ dikebat dgn daunnya prb mengusahakan sesuatu tidak dgn modal lain tetapi dgn bahagian usaha itu jua; ~ masak jagung mengupih prb keuntungan yg diperoleh dgn berlipat ganda; ~ segenggam dgn senang hati, lebih baik drpd ~ selumbung dgn bersusah hati prb kesenangan hati lebih berharga drpd kekayaan; ~ sekepuk hampa, emas spt loyang, kerbau sekandang jalang prb perihal seseorang yg nampaknya kaya tetapi sebe­narnya miskin; ~ selumbung dimakan orang banyak prb hiburan kpd isteri drpd seorang suami yg beristeri lebih drpd satu; ~ setangkai bernas semuanya prb keluarga yg bahagia dan beruntung semuanya; baik membawa resmi ~, jangan membawa resmi lalang = spt buah ~, makin berisi makin rendah, jangan spt lalang, makin lama makin tinggi = spt ilmu ~ kian berisi kian runduk prb semakin berilmu atau tinggi pangkat semakin merendahkan diri (tidak sombong); bukan tanahnya menjadi ~ prb bukan tampannya akan jadi orang baik-baik; jika ada ~, tentu ada hampanya = jika ada ~ berhampalah, jika ada hati berasalah prb siapa yg berasa tersindir, dialah yg berbuat sbg yg disindirkan itu; jika kasih akan ~, buangkanlah akan rumput prb jika kasihkan anak isteri, berhentikanlah drpd mengasihi orang lain; menyisip ~ dgn bilalang (lalang) prb mencam­purkan yg baik dgn yg jahat, akhirnya musnah­lah yg baik itu; spt ~ hampa, makin lama makin mencongak prb orang sombong yg tidak berilmu, makin lama semakin tinggi cakapnya; tak ada ~ yg bernas setangkai prb tidak ada sesuatu yg sempurna segala-galanya; berpadi 1. mempunyai padi; 2. bertanam (bersawah, berladang) padi; musim beremas kemas, ~ menjadi prb orang berharta dapat mencapai apa yg dikehendakinya; padi-padian segala tumbuhan (rumput) jenis padi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (utk menyatakan) kecil atau yg kecil: cili (lada) ~; lempoyang ~; sepadi sedikit: tak ~ pun yg ada. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 beberapa jenis tumbuh-tumbuhan yg buahnya menghasilkan beras, Oryza spp.. 2 buah pokok padi yg masih berkulit. ~ bendang (paya, sawah) padi yg ditanam di tempat-tempat berair. ~ bukit (huma, ladang) padi yg ditanam di tempat-tempat kering. ~ kunca sistem peminjaman wang yg bayarannya dibuat dgn hasil tuaian padi. ~ mahsuri padi hasil kacukan padi Kedah dgn padi Taiwan yg dpt mengeluarkan hasil dua kali setahun. ~ Malinja padi hasil kacukan padi Malaysia, padi India dan padi Jepun. ~ pulut padi yg berasnya lembut dan lekit. padi-padian segala jenis tumbuh-tumbuhan bangsa padi (spt gandum). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : kecil atau yg kecil (digunakan dlm beberapa ungkapan saja): cili ~; kuda ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata padi

Puisi
 

Kait mengait serambi padi,
     Padi ini padi Mak Buruk;
Apabila kena ular pun mati,
     Dapat sesuka hati kanda menjolok.


Lihat selanjutnya...(322)
Peribahasa

Padi masak,
     jagung mengupih.

Bermaksud :

Keuntungan yang berlipat ganda. mengupih = sudah tua.

 

Lihat selanjutnya...(59)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PADI LIAR

Padi liar ialah butir bijirin yang tumbuh pada

rumput akuatik, berkaitan dengan padi. Tangkai padi

liar tumbuh dari 1.2 meter hingga 2.4 meter tingginya.

UMUM 
SEMANGAT PADI

SEMANGAT PADI, kuasa ghaib yang dimiliki oleh padi dan dipercayai dapat menyuburkan padi, menjaga ladang, sawah padi dan dapat meningkatkan penghasilan.  Masyarakat Melayu pada asalnya ialah masyarakat pertanian.  Mereka bergantung pada sawah padi untuk keperluan makanan asasi iaitu nasi. Demi menjaga sawah padi supaya sentiasa mengeluarkan hasil padi untuk makanan serta kesejahteraan, orang Melayu mengadakan ritual.

BUDAYAKepercayaan
PADI

Padi adalah satu daripada tanaman makanan yang

paling penting di dunia. Lebih daripada separuh

penduduk di dunia memakan bijian ini sebagai

bahagian utama dalam makanan mereka. Hampir

semua penduduk yang bergantung pada padi

sebagai makanan tinggal di Asia. Dalam

sesetengah bahasa Asia, perkataan yang sama

bermakna makan dan makan nasi. Dalam bahasa

Sanskrit, iaitu bahasa purba dan bahasa suci

penganut agama Hindu di India, padi diberi nama

kedua yang bermakna “pengekal bangsa manusia”.

Kebanyakan beras dimakan dengan memasak

bijian berwarna putih.

UMUM 
LEMBAGA PADI DAN BERAS NEGARA

LEMBAGA PADI DAN BERAS NEGARA, badan berkanun yang berkhidmat untuk masyarakat tani. Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) terletak di bawah Kementerian Pertanian. LPN telah ditubuhkan pada 20 September 1971 di bawah Akta Parlimen No. 47, Akta Lembaga Padi dan Beras Negara Tahun 1971. Penubuhan LPN ini adalah hasil gabungan dua buah agensi kerajaan iaitu Bahagian Bekalan Kementerian Perdagangan dan Perindustrian dengan Perbadanan Pemasaran Padi dan Beras.

BUDAYAInstitusi/Organisasi
PADI KUNCA

PADI KUNCA, sistem pinjaman melibatkan cara pembayaran dengan hasil padi. Sistem ini diamalkan oleh penanam padi. Pihak yang member hutang kepada petani, seperti orang tengah, tuan tanah dan orang-orang berada dalam kampung, bersedia memberi pinjaman wang berasaskan kemampuan petani membayarnya dengan hasil padi.

BUDAYASistem
KUDA PADI SHETLAND

Kuda padi Shetland adalah satu daripada kuda

baka terkecil. Tingginya dari 80 sentimeter hingga

115 sentimeter pada paras bahu. Baka ini berasal

dari Kepulauan Shetland di luar pantai Scotland.

UMUM 
ENAKMEN TANAH PADI 1917

ENAKMEN TANAH PADI 1917,  undang-undang yang diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Negeri-negeri Melayu Bersekutu di Kuala Kangsar pada 24 Julai 1917 dengan tujuan untuk menyekat penanaman getah di tanah bendang. Enakmen No. 2 Tahun 1917 ini berkuat kuasa ke atas tanah yang didaftarkan bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu, iaitu Perak, Selangor dan Pahang. Bagi Negeri Sembilan, terdapat perbezaan dalam pentadbiran undang-undang tanah. Tang demikian suatu undang-undang yang hampir sama dengan enakmen ini diluluskan kemudiannya.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
EMPING

Emping ialah sejenis kudapan yang dibuat

daripada padi muda atau pulut, dan kadangkala

diperbuat daripada buah belinjau. Walaupun

semua jenis pulut boleh dibuat emping, namun

yang paling sesuai ialah pulut galah.

UMUM 
KEDAH

Kedah (pend. 1 308 400), negeri di utara

Semenanjung Malaysia. Ia juga dikenali sebagai

“negeri jelapang padi”. Kedah terdiri daripada 11

daerah dan 132 mukim.

UMUM 
TERUSAN WAN MAT SAMANat Saman ialah sebuah

terusan di Kedah yang berfungsi mengalirkan air

dari terusan itu ke kawasan penanaman padi.

Panjang Terusan Wan Mat Saman dianggarkan

36 kilometer, iaitu bermula dari Alor Setar hingga

ke Gunung Jerai. Lebarnya pula ialah 7 meter dan

dalamnya ialah 1.5 meter. Dengan adanya Terusan

Wan Mat Saman, sawah yang sebelum ini

bergantung kepada air hujan, mendapat bekalan

air dari Gunung Jerai dan Sungai Kedah. Apabila

berlaku musim hujan dan air berlebihan, dengan

mudah air dari terusan ini dapat dialirkan ke laut.

UMUM 
12345

Kembali ke atas