Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.duan] | ڤادوان

Definisi : 1. yg telah dipadu, sesuatu yg telah disatukan (digabungkan dll): ~ suara; 2. per­sesuaian, kecocokan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.duan] | ڤادوان

Definisi : sesuatu yg sudah dipadu; apa-apa yg sudah disatukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
padu (adjektif)
1. Bersinonim dengan mampat: padat, tumpat, pejal, kimpal, rapat, ketat, penuh, sarat, sendat,
Berantonim dengan longgar

2. Bersinonim dengan kukuh: teguh, utuh, kuat,
Berantonim dengan lemah

Kata Terbitan : bersepadu, berpadu, memadu, memadukan, terpadu, paduan, pemaduan, kepaduan, perpaduan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KIMIA

Kimia ialah kajian saintifik tentang bahan. Ahli-ahli

kimia menyelidik sifat-sifat bahan yang membentuk

di dalam alam semesta. Mereka mengkaji

bagaimana bahan ini bertindak dalam keadaan

yang berbeza. Mereka cuba menerangkan kelakuan

sesuatu bahan dari segi struktur dan komposisinya.

Ahli-ahli kimia juga berusaha memahami

perubahan-perubahan kimia. Perubahan kimia

melibatkan perubahan kandungan kimia dalam

sesuatu bahan. Paduan besi dengan oksigen dari

udara yang membentuk karat ialah satu perubahan

kimia. Bahan juga mungkin mengalami perubahan

fizikal tanpa mengubah kandungan kimianya. Air

berubah secara fizikal dan tidak secara kimia semasa

ia membeku.

UMUM 

Kembali ke atas