PAGAR POKOK | Pagar pokok ialah jaluran pokok renek atau pokok kecil yang ditanam rapat-rapat untuk dijadikan sempadan. Peladang di sesetengah negara menanam pokok renek sebagai pagar untuk mencegah haiwan ternak daripada merayau- rayau atau untuk mencegah haiwan liar daripada memasuki ladang. | UMUM | |
PRIVET | Privet ialah pokok renek yang popular sebagai pokok pagar. Ia biasanya dipangkas dan dilatih tumbuh rapat-rapat menjadi pagar, tetapi kadang-kala dibiarkan tumbuh tinggi merimbun. Ia kemudiannya tumbuh menjadi pokok rimbun yang besar, kira-kira sebesar saudara dekatnya, lilac . Bunganya yang putih lebih kecil dan kurang menyerlah daripada bunga lilac, tetapi bentuknya serupa. Baunya kurang harum daripada bau lilac. Privet juga berkaitan dengan zaitun, dan buahnya yang licin, berkulit gelap menyerupai buah zaitun kecil yang masak. | UMUM | |
SHE-OAK | She-oak termasuk 70 spesies pokok renek dan pokok di kawasan Pasifik Barat, khususnya Australia. Ia berbeza-beza daripada pokok renek kerdil yang hanya satu meter tingginya, hingga kepada oak sungai, yang sehingga 30 meter tingginya. Peneroka awal menggunakan kayu she-oak sebagai sirap. She-oak tidak berkaitan dengan oak Eropah, tetapi kayu kedua-dua pokok ini adalah serupa. She-oak digunakan untuk pagar pokok dan tampan angin. Ia juga tahan terhadap air garam dan boleh ditanam di pantai. Pengelasan saintifik. She-oak tergolong dalam famili Casuarinaceae dan genus Casuarina. | UMUM | |
BOX | Box atau boxwood ialah pokok renek atau pokok malar hijau yang tumbuh perlahan yang banyak digunakan sebagai pagar pokok dan sebagai spesimen di laman. Ia tumbuh di selatan Eropah, Asia dan utara Afrika dan biasa terdapat di England. | UMUM | |