Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.ha] | ڤها

Definisi : 1. bahagian kaki manusia di antara lutut dan pinggul; 2. bahagian kaki belakang binatang-binatang tertentu di antara lutut dan pinggul; 3. sl perempat, suku; se~ sesuku; ~ belalang a) paha yg kecil dan lurus; b) sj penyemat (pin) baju; c) spring, pegas; ~ kek bahagian kek (alat tenun) yg berat di sebelah bawah (tempat bahagian-bahagian kek lain dipasang); bergendang ~ prb bergembira kerana orang lain mendapat kesusahan; cubit ~ kanan, ~ kiri sakit juga prb kiranya seseorang itu me­rosakkan kaum keluarganya sendiri, ia pun akan berasa juga kesusahannya; diberi betis hendak ~ prb diberi sedikit, kemudian hendak banyak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.ha] | ڤها

Definisi : Kl mata tenggala. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.ha] | ڤها

Definisi : ; burung ~ kelati sj burung, Dicrurus aeneus malayensis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.ha] | ڤها

Definisi : bahagian kaki yg menghubungkan punggung dgn lutut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata paha

Peribahasa

Cubit paha sendiri dulu,
     baru cubit paha orang lain.

Bermaksud :

Pandang pada diri sendiri dulu, sebelum memandang pada orang lain. (Bandingkan dengan: Cium tapak tangan, berbaukah atau tidak?).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PINGGUL

Pinggul ialah bahagian badan di antara badan

dengan paha. Sendi pinggul dibentuk oleh tulang

pinggul (yang terdiri daripada tiga tulang yang

bercantum iaitu ilium, iskium dan pubis ) dan

pangkal femur (tulang paha). Pangkal femur

dipadankan dengan asetabulum, iaitu rongga pada

tulang pinggul. Susunan ini membentuk sendi

bebola dan rongga yang memberikan kekuatan

dan membolehkan pelbagai pergerakan dalam

semua arah. Beberapa otot yang kuat mengelilingi

sendi ini, termasuk gluteus maksimus yang besar,

bulat di belakang; gluteus medius di sisi; dan

rektus femoris yang panjang bak pengikat di

depan. Otot-otot ini menegakkan sendi supaya

seseorang boleh berdiri. Ia juga menggerakkan

kaki untuk berjalan dan berlari.

UMUM 
NIJINSKY, VASLAV

Nijinsky, Vaslav (1890–1950), penari lelaki yang

terkenal pada zamannya. Dia rendah, dan

mempunyai paha yang besar dan bahu yang runtuh.

Meskipun demikian, dia melakonkan peranannya

dengan penuh kesungguhan sehingga

penampilannya nampak berubah daripada satu

peranan kepada peranan yang lain.

UMUM 
TAMBURIN

Tamburin ialah sejenis alat perkusi yang terdiri

daripada gelung yang diperbuat daripada papan

nipis atau logam dengan membran (kepingan) nipis

daripada plastik atau kulit haiwan yang diregangkan

ke bahagian bertentangan. Semua tamburin

mempunyai ceper logam kecil di sekeliling gelung.

Pemain akan memegang tamburin dengan sebelah

tangan. Mereka memainkan dengan mengetuknya

pada tangan yang lain, lutut atau paha dan

menggoncangnya. Tamburin telah dipopularkan

oleh askar Turki yang dikenali sebagai Janissary

yang memainkan alat ini di dalam kumpulan

pancaragam tentera sejak tahun 1400-an hingga

awal tahun 1800-an. Pemuzik Barat mula

menggunakan tamburin pada tahun 1700-an.

Lihat juga Muzik (alat muzik).

UMUM 
MEMINTAL

Memintal ialah proses membuat benang dengan

memulas atau memilin serat tumbuh-tumbuhan atau

haiwan. Ia merupakan satu unsur kesenian yang

paling kuno. Beribu-ribu tahun lamanya benang

dipintal dengan menggunakan spindel. Spindel ini

terdiri daripada kayu licin yang panjangnya dari 23

sentimeter hingga 38 sentimeter. Ia mempunyai

takuk pada satu hujungnya untuk mengait benang

dan batu atau mangkuk dari tanah liat yang dibakar,

dikenali sebagai pusar untuk membuat spindel

berpusing seperti gasing. Pemintal memutar spindel

dengan menggelek-geleknya dengan paha. Orang

Mesir purba menggunakan spindel seperti itu bagi

membuat benang untuk kain yang baik.

UMUM 

Kembali ke atas