Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (Sunda) ark sj bau yg tidak sedap (spt bau daun pohon buah nona); pahit ~ pahit getir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pahang I

Puisi
 

Dari Pahang ke Kuala Lipis,
     Angin bertiup sebelah utara;
Bila berdepan memanglah manis,
     Bila belakang lain bicara.


Lihat selanjutnya...(8)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KESULTANAN PAHANG

KESULTANAN PAHANG, institusi kerajaan Pahang. Kesultanan Pahang hari ini ialah keturunan Bendahara Siwa Raja Wan Ahmad yang diisytiharkan oleh pembesar negeri sebagai Sultan Pahang dengan gelaran Sultan Ahmad Al-Muazzam Syah. Baginda ditabalkan pada 12 Disember 1884. Dalam buku Sejarah Melayu dinyatakan Pahang di bawah pengaruh Siam dan ditadbirkan oleh Maharaja Dewa Sura. Sultan Mansur Syah, Sultan Melaka, menghantar Bendahara Paduka Raja, Tuk Pikrama, Seri Bija Diraja dan Tun Bijaya Maha Menteri bersama-sama askar menyerang Pahang. Setelah Pahang dikalahkan, Seri Bija Diraja (Tun Hamzah) dilantik sebagai pemerintah Pahang. Setiap tahun Seri Bija Diraja menghadap Sultan Melaka.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
PAHANG

Pahang (pend. 1 350 200), negeri yang terbesar di

Semenanjung Malaysia. Keluasannya ialah 35 965

kilometer persegi. Pahang terletak di pantai timur

semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan

Johor di sebelah selatan, Selangor dan Perak di

sebelah barat, dan Terengganu di sebelah utara.

Manakala di sebelah timurnya ialah Laut China

Selatan. Ibu negeri Pahang ialah Kuantan. Pekan ialah

bandar diraja. Sungai Pahang merupakan sungai

terpanjang di Semenanjung Malaysia.

UMUM 
KANUN PAHANGKANUN PAHANG,  teks Melayu lama mengenai undang-undang, dikenal juga dengan nama <I style="mso-bidi-font-style: normal">Hukum Kanun Pahang I> atau <I style="mso-bidi-font-style: normal">Undang-undang PahangI>. Seperti teks <I style="mso-bidi-font-style: normal">Hukum Kanun Melaka, Adat Acheh, Undang-undang Laut Melaka, Hukum Dato’ Kota Star I>(Kedah) dan <I style="mso-bidi-font-style: normal">Undang-undang JohorI>. <I style="mso-bidi-font-style: normal">Kanun Pahang I>merakamkan undang-undang tradisional peribumi yang mungkin dilaksanakan atau menjadi rujukan serta panduan bagi melaksanakan sesuatu undang-undang negeri. <I style="mso-bidi-font-style: normal">Kanun Pahang I>juga mengandungi undang-undang yang digunakan oleh Kesultanan Melayu Pahang pada abad ke-15 dan awal abad ke-16.SEJARAH DAN ARKEOLOGIAkta
ALAT KEBESARAN DIRAJA NEGERI PAHANG

ALAT KEBESARAN DIRAJA NEGERI PAHANG, sekumpulan alatan yang menjadi lambang kebesaran serta pengesahan Sultan Pahang.

BUDAYAKonsep
ADAT PERTABALAN SULTAN PAHANG

ADAT PERTABALAN SULTAN PAHANG,  upacara menabalkan Sultan Pahang yang baharu untuk menggantikan sultan yang mangkat. Adat ini mempunyai banyak persamaan dengan adat pertabalan sultan lain di negeri-negeri Melayu di Malaysia. Adat ini diwarisi daripada adat pertabalan Sultan Melaka pada abad ke 15 yang juga mewarisi adat ini daripada kesultanan zuriat raja-raja Melayu keturunan Bukit Siguntang dan Palembang.

BUDAYAKonsep
PERJANJIAN PAHANG-BRITISH

PERJANJIAN PAHANG-BRITISH (1887), perjanjian persetiaan antara Sultan Ahmad dengan British yang ditandatangani pada 10 Oktober 1887.  Dengan termeterainya perjanjian ini bermakna menandakan penguasaan British di Pahang.  Pada awal tahun 1880-an, kedudukan Bendahara Wan Ahmad sebagai pemerintah Pahang mula tergugat akibat pertelingkahan yang berlaku di kalangan pembesar.  Bendahara Wan Ahmad terlalu memberi kepercayaan kepada penasihat baginda dan hal ini membawa kepada kelemahan kepemimpinan politik pada masa pemerintahannya.  Perselisihan di kalangan golongan pemerintah dan pembesar dari beberapa kawasan menyebabkan berlakunya perang saudara (1856-1863).  Keadaan ini diambil kesempatan oleh British untuk campur tangan dalam politik negeri di Pahang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan
HUKUM KANUN PAHANG

HUKUM KANUN PAHANG, teks undang-undang yang digunakan di Pahang pada masa pemerintahan Sultan Abdul Ghafur Muhaiyuddin Syah (1592-1614).

            <I style="mso-bidi-font-style: normal">Hukum Kanun PahangI> banyak dipengaruhi oleh <I style="mso-bidi-font-style: normal">Hukum Kanun MelakaI>, disebabkan Pahang pernah menjadi jajahan takluk Melaka dan Sultan Abdul Ghafur pula adalah keturunan Sultan Muhammad Syah, Melaka.

BUDAYAKarya
PERSATUAN MELAYU PAHANG

PERSATUAN MELAYU PAHANG, persatuan negeri.  Persatuan ini ditubuhkan pada 20 Mac 1938 di Kuala Lipis, Pahang.  Ia ditubuhkan sebaik-baik sahaja, berita penubuhan Persatuan Melayu Perak diumumkan di akhbar.  Para pemimpinnya terdiri daripada golongan bangsawan dan pegawai tadbir negeri.  Presidennya ialah Tengku Muhamad bin Sultan Ahmad, Ahli Majlis Mesyuarat Negeri.  Manakala naib presidennya ialah Dato’ Husin bin Muhammad Taib, Orang Besar Empat Pahang.  Penaung persatuan ini ialah Sultan Pahang, Sultan Abu Bakar.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan
DEWAN PERSURATAN MELAYU PAHANG (DPMP)

Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP), persatuan penulis  yang ditubuhkan pada 17 Mei 1957 di Temerloh Pahang.

SASTERAKegiatan
PERANG PAHANG

PERANG PAHANG, kebangkitan orang Pahang menentang penjajahan British.  Perang ini berlaku pada tahun 1891 akibat rasa tidak puas hati orang Melayu terhadap campur tangan British dalam pentadbiran Pahang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
12345678910...

Kembali ke atas