Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : alat besi yg berbentuk bilah yg tajam hujungnya (utk menebuk lubang, mengukir kayu, dll); jenis-jenisnya: ~ caku, ~ kuku, ~ mata bulat, ~ mata lintang, ~ putar, dll; ~ kuku pahat yg matanya melengkung, di­gunakan utk membuat lurah dan ukiran biasa; ~ pating sj pahat yg tidak tajam; ~ pelubang pahat yg khusus digunakan utk menebuk lubang; bagai ~, tidak ditukul tidak makan = laksana ~ dgn penukul prb orang yg hanya bekerja apabila diperintah (disuruh); menciritkan ~ prb sudah tua sangat (orang); berpahat 1. sudah dipahat; 2. berukir; yg berbaris yg ~, yg bertakuk yg bertebang prb Mn pekerjaan dilakukan mengikut adatnya (aturannya) yg biasa; memahat 1. menebuk lubang dll dgn pahat; 2. mengukir, membuat patung dgn pahat: di atas tugu itu semua nama pejuang yg gugur turut dipahat; ~ di dlm baris, berkata dlm pusaka prb Mn mengerjakan sesuatu dgn aturannya (supaya selamat); terpahat 1. telah diukir dgn pahat, terukir: ukiran yg ~ di atasnya melambangkan kepercayaan animisme; tulisan yg ~ pd batu nisan itu mengandungi dua rangkap puisi; 2. ki terlekat, tercatat atau terakam seolah-­olah telah dipahat pd sesuatu: hasrat utk menulis novel tetap ~ di tangkai hatinya; bagi kaki pancing, nama Pulau Sembilan pasti ~ dlm ingatan mereka; pahatan sesuatu yg dipahat, hasil memahat, ukiran: di sekolah seni ini kami menikmati lukisan dan ~ ramai seniman; pemahatan perbuatan (proses) memahat; pemahat orang yg memahat (mengukir), pengukir, ahli seni pahat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
pahat (kata nama)
Bersinonim dengan gang, gogol, tatah;,
Kata Terbitan : berpahat, memahat, pahatan, pemahat,

Puisi
 

Batu Pahat Sungai Kundur,
     Tempat tumbuh paku dulang;
Kalau jahat baiklah undur,
     Jangan menyakit hati orang.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Bagai pahat,
     tidak ditukul tidak makan.

Bermaksud :

Bekerja hanya kalau diperintah. (Bandingkan dengan: Seperti pahat dengan penukul).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BATU PAHAT

BATU PAHAT, sebuah daerah di Johor yang telah wujud sebagai satu kawasan petempatan sejak zaman Melaka.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
CANDI BUKIT BATU PAHAT

CANDI BUKIT BATU PAHAT, monumen berusia lebih daripada 1000 tahun mengikut takrif Akta Bendapurba 1976, terletak di Lembah Bujang, Kedah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBangunan/Kota
SYED NASIR ISMAIL, TUN

Syed Nasir Ismail, Tun (1921–1982) ialah tokoh

bahasa dan ahli politik. Dia mendapat pendidikan

awal di Sekolah Melayu Bandar Tinggi, Batu Pahat,

Johor. Kemudian, dia melanjutkan pelajaran di

Government English School, Batu Pahat dan lulus

Senior Cambridge pada tahun 1938. Setelah

menamatkan pelajaran pada peringkat menengah,

dia memasuki Maktab Perguruan Sultan Idris

(MPSI), Tanjung Malim dan mengambil kursus

Penolong Nazir sekolah-sekolah.

UMUM 
KHADIJAH HASHIMKHADIJAH HASHIM  (1945 -     ), novelis. Dia lahir di Batu Pahat, Johor. Dia mendapat pendidikan awal dan menengah berpengantar Melayu dan Inggeris di Batu Pahat. Semenjak di bangku sekolah, Khadijah mempunyai kebolehan dalam lapangan syarahan dan bahasa, dan mempunyai minat mendalam dalam pelajaran bahasa dan sastera.SASTERATokoh
MALEK NOOR

Malek Noor (1954– ), ahli bina badan. Dia lahir

pada 13 November 1954 di Batu Pahat, Johor.

Dengan ketinggian 1.67 meter dengan berat

badan 220 hingga 230 paun, bekas pegawai polis

ini telah mencatat banyak kejayaan buat negara

dalam sukan bina badan.

UMUM 
SYED NASIR ISMAIL, TUN

SYED NASIR ISMAIL, Tun, (1921-1982), tokoh bahasa dan ahli politik. Beliau lahir pada 7 Mac 1921 di Batu Pahat, Johor. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bandar Tinggi, Batu Pahat. Kemudian, beliau memasuki Government English School Batu Pahat hingga lulus peperiksaan Senior Cambridge pada tahun 1938.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
LOKMAN MUSA

LOKMAN MUSA, Datuk (1926–       ), tokoh pendidikan. Dia lahir di Pontian, Johor. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bandar Pontian dan di Sekolah Melayu Bandar Penggaram, Batu Pahat, Johor. Pendidikan menengah Lokman di Sekolah Inggeris Kerajaan, Batu Pahat dan di English College, Johor Bahru. Kemudian dia menjalani latihan perguruan di Pusat Latihan Perguruan Normal, Batu Pahat. Lokman melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya, Singapura; Universiti of Sussex, United Kingdom dan Harvard University, Amerika Syarikat.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
FARID M. ONN

FARID M. ONN (1939 -          ), ahli bahasa. Dia lahir pada 7 Mei 1939 di batu pahat, Johor. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Pintas Raya, Batu Pahat (1946), Sekolah Melayu Pintas Puding, Batu Pahat (1948), Sekolah Melayu bandar Kluang (1949) dan Sekolah  Melayu Tanjung Semberung (1950). Pada tahun  1951, dia melanjutkan pelajarannya ke Singapura, iaitu di Sekolah Melayu Geylang dan kemudian di Tanjung Rhu English Primary School hingga tamat pada tahun 1954. Farid memperoleh pendidikan menengah di Raffles Institution, Singapura hingga lulus Cambridge School Certificate (1958) dan Higher School Certificate (1960).

BAHASATokoh
OYSTERCATCHER

Oystercatcher ialah nama beberapa spesies

burung randuk yang tinggal di pantai di

kebanyakan bahagian di dunia. Nama ini diberi

kerana paruh <i> oystercatcher i> yang bertepi tajam dan

berbentuk pahat, yang digunakannya untuk

mengopek cangkerang moluska seperti kupang

dan tiram, dan untuk mencungkil berangas

daripada batu.

UMUM 
KASMANI HAJI ARIF

KASMANI HAJI ARIF,  (1919-1941), penulis cerpen dan sajak. Dia lahir di Batu Pahat, Johor. Dia mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Mampan, Batu Pahat hingga tamat Darjah Empat, pada tahun 1929. Pada tahun 1930, dia diterima menjadi guru dan pada tahun 1931, dia lulus peperiksaan untuk memasuki Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjung Malim (1932). Setelah tamat pengajian di MPSI (1934), dia ditugaskan mengajar di Sekolah Melayu Bandar Tinggi, Johor.

SASTERATokoh
1234

Kembali ke atas