ARIOSTO, LUDOVICO | Ariosto, Ludovico (1474–1533) ialah penyair pada Zaman Renaissance Itali. Karya agungnya, Orlando Furioso (1516, 1532) ialah sebuah sajak berbentuk cerita yang panjang. Plotnya yang rumit menceritakan pahlawan-pahlawan yang mengembara ke seluruh dunia mencari cabaran, mempertahankan kepercayaan agama mereka, dan membantu mereka yang tidak berdaya. | UMUM | |
HARI PAHLAWAN | Hari Pahlawan, hari memperingati jasa dan pengorbanan anggota pasukan keselamatan negara yang terkorban semasa mempertahankan kedaulatan, kemerdekaan, dan keamanan negara dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), Perang Dunia Kedua (1939-1945), dan Darurat (1948-1960). | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Perayaan/Upacara |
TE RAUPARAHA | Te Rauparaha (1768–1849) ialah ketua Maori dan salah seorang pahlawan Maori yang paling agung dan paling kejam antara semua pahlawan Maori yang dikenali oleh orang Eropah. Baik orang Maori mahupun pakeha (orang kulit putih) takut kepada Te Rauparaha. Malahan mereka mengaguminya lebih daripada mengagumi ketua pahlawan agung yang lain pada zamannya seperti Hongi Hika, Mananui Te Heu Heu, dan Te Wherowhero. | UMUM | |
PERBICARAAN MELALUI KOMBAT | Perbicaraan melalui kombat juga dikenali sebagai perbicaraan melalui pertempuran , atau pertaruhan pertempuran , adalah satu cara menyelesaikan perbalahan undang-undang pada Zaman Pertengahan. Golongan bangsawan mengamalkannya bertahun-tahun lamanya. Perbicaraan melalui kombat berbeza daripada pertarungan dua orang kerana orang ramai percaya bahawa Tuhan akan masuk campur dan membantu pihak yang benar. Mengikut prosedur yang biasa, tertuduh akan menentang penuduh. Golongan bangsawan kadangkala melantik pahlawan-pahlawan untuk bertarung bagi pihak mereka. Golongan wanita dan paderi biasanya diwakili oleh orang lain. Perbicaraan melalui kombat diperkenalkan di England oleh William Si Penakluk. Perbicaraan berjuri secara beransur- ansur mengambil alih perbicaraan ini. | UMUM | |
MATINYA SEORANG PAHLAWAN | MATINYA SEORANG PAHLAWAN, sebuah drama karya Usman Awang dalam antologinya berjudul Tamu di Bukit Kenny yang terbit pada tahun 1968. Drama ini juga diterbitkan dalam antologi berjudul Drama-Drama Pilihan Sasterawan Negara Usman Awang yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada tahun 1988. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
TEUKU UMAR | Teuku Umar (1859–1899) ialah pahlawan Aceh, Indonesia . Dia pernah berbaik-baik dengan Belanda, namun dia mendapat kepercayaan kembali daripada rakyatnya untuk memimpin perjuangan melawan Belanda. Teuku Umar memegang jawatan Ketua Kampung Darat ketika berusia 17 tahun. Dia bertanggungjawab penuh atas segala urusan pentadbiran kampung. Pada tahun 1878, Teuku Umar berkahwin dengan Cut Nyak Dien, seorang pahlawan Wanita Aceh yang kemudian menjadi Pahlawan Nasional Indonesia. Mereka bersama-sama menjadi panglima perang Aceh yang menentang penjajah Belanda. | UMUM | |
SHAKA | Shaka (1787?–1828) ialah pahlawan Zulu yang dilantik menjadi raja Zulu di selatan Afrika. Dia lahir di tenggara Afrika di kawasan penduduk Elangeni (kini Melmoth). Semasa zaman mudanya, dia berkhidmat dalam angkatan tentera Dingiswayo, raja daripada kaum Mthethwa. Pada tahun 1815, bapa Shaka, Senzangakona meninggal dunia dan Shaka mengambil alih kepimpinan kaum kecil Zulu sebelah bapanya. Pada tahun 1818, Dingiswayo telah dibunuh dan Shaka mengambil alih kepimpinan kerajaan. | UMUM | |
MAT KILAU | Mat Kilau (1847– ? ), pahlawan Pahang yang menentang penjajahan British di Pahang. | UMUM | |
TE KOOTI | Te Kooti (1831–1893) ialah pahlawan Maori yang menjadi ketua dan pemimpin yang teragung semasa Perang New Zealand. Pada tahun 1865, pasukan polis dan askar yang sedang memburu anggota pergerakan pemberontakan Hau Hau telah menahannya kerana mereka mengesyakinya sebagai perisik Hau Hau. Tanpa membawanya ke muka pengadilan, kerajaan terus membuangnya ke Kepulauan Chatham, iaitu sebuah kumpulan pulau lebih kurang 725 kilometer ke timur New Zealand. | UMUM | |
KOSCIUSZKO, THADDEUS | Kosciuszko, Thaddeus (1746–1817), pahlawan Poland yang berjuang untuk kemerdekaan Amerika Syarikat dan Poland. | UMUM | |