| CARTA PAI | Carta pai, gambar rajah atau perwakilan grafik berbentuk bulatan yang dibahagikan mengikut sektor bagi menggambarkan data berkategori untuk membandingkan peratusan, kekerapan atau magnitud data. | MATEMATIK | Konsep |
| PARAMESWARA | Parameswara ( ? –1414), pengasas Kesultanan Melaka, Raja Melaka yang pertama (1399–1414). Parameswara berasal dari Palembang, Sumatera, Indonesia. Mengikut Sulalatus Salatin, namanya dicatatkan sebagai Raja Iskandar Syah, kerana ingin menampakkan pertalian zuriatnya dengan Iskandar Zulkarnain. Menurut sumber dari China dan Portugis, masing-masing mencatatkan namanya sebagai ‘Pai-limi- sula’ dan ‘Parameswara’. | UMUM | |