Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pain] | ڤاءين

Definisi : unit ukuran cecair yg bersamaan dgn 1/8 gelen atau lebih kurang 0.57 liter (Britain) dan 0.47 liter (A.S.). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pain] | ڤاءين

Definisi : satuan yg digunakan utk menyukat benda-benda cair; sukatan utk benda-benda cair sebanyak gelen atau 0.568 desimeter padu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pain] | ڤاءين

Definisi : nama sj pokok malar hijau yg tirus bentuknya dan daunnya halus spt jarum, Pinus spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pain


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PAIN HOOP

Pain hoop yang juga dinamakan pain kolonial atau

pain Teluk Moreton, adalah antara beberapa spesies

pain yang terbesar di Australia, setinggi 60 meter. Ia

tumbuh di pantai selatan Queensland dan di pantai

utara New South Wales.

UMUM 
PAIN ROTTNEST

Pain Rottnest kadangkala dikenali sebagai Pain

Sungai Swan, adalah antara beberapa pain asli di

Australia.

UMUM 
PAIN RADIATA

Pain radiata ialah pokok konifer. Ia juga dikenali

sebagai pain Monterey. Berasal dari California,

Amerika Syarikat, pain radiata telah diperkenalkan

dengan jayanya ke Australia, New Zealand dan Afrika

Selatan.

UMUM 
PAIN

Pain adalah mana-mana satu daripada sekumpulan

besar pokok malar hijau yang mempunyai daun

jejarum dan mengeluarkan kon. Terdapat kira-kira

100 spesies pain. Hampir kesemuanya tumbuh secara

semula jadi hanya di Hemisfera Utara. Pain terdapat

dalam pelbagai persekitaran, tetapi ia paling kerap

tumbuh di tanah berpasir atau berbatu. Pain biasa

terdapat di pergunungan di barat dan tenggara

Amerika Utara, selatan Eropah, dan tenggara Asia.

Sesetengah pain tumbuh sehingga kira-kira 60 meter

tingginya. Yang lain adalah kecil bak pokok renek.

UMUM 
PAIN BRISTLECONE

Pain bristlecone ialah pokok malar hijau yang

tumbuh di altitud tinggi di barat Amerika Syarikat.

Terdapat dua spesies pain bristlecone. Satu spesies

iaitu pain bristlecone Lembangan Besar, hidup lebih

lama daripada mana-mana jenis pokok lain.

UMUM 
SHILLING POKOK PAIN

Shilling pokok pain ialah duit syiling perak

yang ditempa oleh penjajah Amerika di Boston,

dalam Tanah Jajahan Massachusetts Bay, dari

Shilling pokok pain ialah duit syiling perak

yang ditempa oleh penjajah Amerika di Boston,

dalam Tanah Jajahan Massachusetts Bay, dari

shilling pokok pain.

UMUM 
PAIN HUON

Pain huon tumbuh secara semula jadi di

sepanjang atau dekat sungai di hutan hujan

sederhana sejuk di barat dan barat daya Tasmania,

Australia.

UMUM 
PINON

Pinon ialah nama empat jenis pokok pain yang

kecil, rimbun yang tumbuh di kawasan separa

kontang di barat daya Amerika Syarikat. Konnya

yang kecil mengandungi biji, yang dikenali sebagai

kacang pain , yang rasanya seperti kacang. Kacang

pain adalah bahagian penting dalam diet Orang

Asli Amerika di barat daya Amerika Syarikat.

UMUM 
KAURI

Kauri ialah pokok pain yang mengagumkan yang

tumbuh setinggi 25 sehingga 30 meter.

UMUM 
POKOK MONKEY PUZZLE

Pokok monkey puzzle atau pain Chile, ialah

konifer yang boleh tumbuh setinggi 50 meter.

Dahannya tumbuh di sekeliling batang seperti

jejari roda. Ia diliputi daun keras, tajam yang

setiap satunya boleh hidup sehingga 15 tahun.

UMUM 
123

Kembali ke atas