Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pakat
Kata Terbitan : sepakat, bersepakat, menyepakati, kesepakatan, persepakatan, berpakat, pakatan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERJANJIAN KAWASAN EKONOMI EROPAH (EEA

Perjanjian Kawasan Ekonomi Eropah (EEA)

mula berkuat kuasa pada 1 Januari 1994. Perjanjian

ini mewujudkan kawasan perdagangan bebas yang

terbesar bagi 372 juta pengguna. Ia merupakan satu

perdagangan dan pakatan ekonomi antara semua

anggota Kesatuan Eropah berserta Norway dan

Iceland , iaitu ahli Pertubuhan Perdagangan Bebas

Eropah (EFTA). Liechtenstein turut sama dalam

perjanjian EEA ini pada 1 Mei tahun 1995.

UMUM 
PEREDAR

1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PEREDAR, jurnal yang diterbitkan oleh Pakatan bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor (P.Bm.P.B.D.).  Siri Peredar bermula dari penerbitan Buku Tubuh Lembagaan dan Buku Undang-Undang serta Buku Kelantan yang bermula pada tahun 1936.  Selepas itu barulah diterbitkan jurnal Peredar Angka 2.  Penerbitan siri Peredar dilakukan setelah dihidupkan semula P.Bm.P.B.D.  Persatuan ini telah dapat menerbitkan Peredar sebanyak 25 terbitan iaitu hingga bulan September 1941.  Dalam siri Peredar yang telah diterbitkan terdapat pelbagai maklumat yang disiarkan merangkumi hal yang berkaitan dengan bahasa, kebudayaan, sejarah, pengembaraan dan lawatan, perjanjian, dan geografi.  Antara perkara menarik yang disiarkan dalam jurnal Peredar ini ialah:

BAHASAKarya
PERANG KEDAH-SIAM

1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PERANG KEDAH-SIAM, serangan Siam ke atas Kedah.  Perang ini berlaku pada penghujung tahun 1821 dan berlarutan hingga tahun 1839.  Pihak Siam melancarkan serangan ke atas Kedah kerana tidak berpuas hati dengan beberapa perkara tentang hubungan dua hala.  Kedah dikatakan gagal menghantar bunga mas dan perak seperti sewajarnya. Sultan Ahmad Tajuddin yang diminta menghadap raja Siam juga gagal berbuat demikian.  Ini menimbulkan syak pihak Siam terutama adanya berita tentang Sultan Kedah membuat pakatan dengan Burma untuk menentang Siam.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
PENDETA BAHASA

1.25pt 0pt 1pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENDETA BAHASA, gelaran yang diberi kepada orang perseorangan yang ahli atau pakar dalam bidang bahasa Melayu serta berjasa terhadap bahasa tersebut.  Gelaran ini dianugerahkan oleh badan bahasa atau kongres bahasa Melayu.  Antara ahli bahasa Melayu yang mendapat gelaran Pendeta ialah Zainal Abidin bin Ahmad (Za’aba).  Za’ba telah mendapat gelaran Pendeta Bahasa Melayu dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga yang diadakan di Johor Baru dan Singapura pada tahun 1956.  Tiga orang lagi yang telah dianugerahi Pendeta Bahasa oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku-Buku Diraja Johor (P.Bm.P.B) ialah Dato’ Abdullah bin Abdul Rahman, Richard O. Winstedt dan Mejar Dato’ Haji Muhammad Said bin Haji Suleiman.

BAHASAKonsep
PENOKOK DAN PENAMBAH DALAM BAHASA MELAYU

1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENOKOK DAN PENAMBAH DALAM BAHASA Melayu, buku tulisan yang diterbitkan dalam jurnal Peredar  Angka 12, yang diterbitkan oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor (P.Bm.P.B.D.) pada tahun 1939.  Penokok dan Penambah dalam Bahasa Melayu membicarakan satu segi tatabahasa Melayu.  Buku ini menerangkan kaedah pengimbuhan dalam bahasa Melayu, iaitu memberi penokok (= awalan) pada kata umbi (akar/dasar) dan juga memberi penambah (= akhiran) pada kata akar/dasar sehingga menjadi kata terbitan.  Dengan kata lain buku ini membicarakan pembentukan kata atau morfologi bahasa Melayu.  Buku ini mengandungi 35 halaman serta terdapat 10 fasal di dalamnya.  Perkara-perkara yang dibicarakan ialah:

BAHASAKarya

Kembali ke atas