PTERIDOFIT | Pteridofit juga dikenali sebagai tumbuhan pakis , adalah satu daripada kumpulan tumbuhan yang besar dan penting yang lebih mudah strukturnya daripada tumbuhan berbunga. Pteridofit bermakna tumbuhan pakis . Bukan semua pteridofit adalah pakis, tetapi pakis adalah yang paling dikenali dalam kumpulan ini. Banyak pteridofit yang lain sedikit sebanyak kelihatan seperti pakis. | UMUM | |
PAKIS | Pakis ialah tumbuhan hijau tidak berbunga, yang tumbuh di kebanyakan bahagian di dunia. Pakis berbeza-beza saiz dan bentuknya. Sesetengah pakis kelihatan seperti lumut dan berukuran kira- kira 2.5 panjang. Yang lain kelihatan seperti pokok palma dan tumbuh melebihi 20 meter tingginya. | UMUM | |
PAKU PAKIS | PAKU PAKIS, nama umum tumbuhan liar yang tidak berbunga. Di kalangan penduduk tempatan, tumbuhan ini hanya dikenal sebagai pokok (pucuk) paku. | BUDAYA | Flora dan Fauna |
STAGHORN | Staghorn ialah nama bagi 20 spesies terutamanya dari kawasan tropika, lembap. Pakis ini mendapat namanya daripada fron daun utama daun berbentuk seperti tanduk rusa. Terdapat juga satu lagi jenis daun yang leper atau berbentuk mangkuk dan tumbuh keluar daripada pangkal pakis. Daun ini mengumpul air dan humus. Daun utama mengandungi spora pembiakan. | UMUM | |
PAKU SISIK | Paku sisik ialah pakis yang menarik yang mempunyai daun kecil, halus dan tangkai hitam atau ungu yang berkilat. Kebanyakan spesies tumbuh di negara panas, walaupun satu spesies tumbuh di utara sejauh Alaska. | UMUM | |
SIKAD | Sikad ialah tumbuhan yang hidup di kawasan tropika dan subtropika. Sikad kelihatan seperti palma atau pakis, dan boleh tumbuh sehingga 20 meter tingginya. | UMUM | |
DAUN | Daun ialah bahagian utama yang membuat makanan pada hampir semua tumbuhan. Bunga taman, rumput, pokok renek dan pokok bergantung pada daun untuk membuat makanan. Begitu juga pakis, sayur-sayuran, tumbuhan menjalar, rumpai dan banyak tumbuhan lain. | UMUM | |
OAK LEMBUT | Oak lembut ialah pokok yang cantik dan cepat tumbuh di Australia. Pokok ini tumbuh di hutan subtropika kering di New South Wales dan Queensland. Tingginya mencapai 40 meter dan daunnya bak daun pakis yang terbahagi dalam- dalam. Ia mempunyai jambak bunga berwarna jingga kekuningan pada spika bunganya yang panjang. | UMUM | |
SWEET CICELY | Sweet cicely ialah tumbuhan saka Eropah yang berkaitan dengan pasli lembu, tetapi ia adalah tumbuhan yang lebih tegap yang tumbuh setinggi satu meter. Bunganya putih dan tersusun dalam bentuk umbel (kepala biji berbentuk payung). Bijinya panjang, tegak dan berwarna perang gelap berkilat. Sweet cicely mempunyai daun yang beralur dalam seperti daun pakis. Sesetengah daun yang lebih besar mempunyai belak-belak putih. Bau daunnya seperti bau jintan manis apabila dihancurkan. | UMUM | |
TANDUK RUSA | TANDUK RUSA (platiserium koronarium), sejenis pakis yang tumbuh liar di dalam hutan hujan. Tumbuhan ini juga dikenal sebagai pokok pontianak. Tanduk rusa memerlukan pokok tumpang untuk membesar. Oleh itu ia akan tumbuh di atas pokok-pokok tinggi di dalam hutan. Ia mendapat nama tanduk rusa kerana bentuk pelepahnya bercabang-cabang seperti tanduk rusa. Pelepah-pelepah yang besar ini berayun-ayun dan berjuntai ke bawah. Setiap pelepah boleh membesar sehingga 2 m panjang. | BUDAYA | Flora dan Fauna |