Pertandingan lompat kuda ialah pertandingan sukan menunggang kuda. Dalam acara pertandingan lompat kuda, penunggang bertanding dengan menunggang kuda atau kuda padi dan melompat melepasi pelbagai halangan yang disediakan khas. Halangan yang lazim termasuk pintu pagar, pagar, palang selari, dan tembok tiruan. Sesetengah padang pertandingan lompat kuda memasukkan halangan yang tetap seperti tebing, pagar pokok yang kekal, dan lompatan air. Dua atau lebih halangan yang diletakkan kurang daripada 12 meter jaraknya dikenali sebagai kombinasi. Halangan mempunyai ketinggian (sehingga lebih kurang 1.7 meter) atau kelebaran (sehingga lebih kurang 2.2 meter, melainkan lompat air, yang mungkin sepanjang 4.25 meter). Halangan seperti oxer (kombinasi pagar pokok dan selusur) atau palang tiga serangkai mempunyai ketinggian dan kelebaran. Padang yang tipikal mempunyai 10 atau 12 halangan, tetapi padang bagi acara antarabangsa mungkin mempunyai lebih halangan. |