PALEONTOLOGI | Paleontologi ialah kajian secara saintifik tentang haiwan, tumbuhan dan organisma lain yang hidup pada zaman prasejarah – yakni lebih 5500 tahun dahulu. Tinggalan fosil organisma terdapat pada batuan enapan (batuan yang terbentuk oleh bahan mineral yang mendak dari udara, ais atau air). Organisma yang kini sudah menjadi fosil hidup ketika batuan itu sedang terbentuk. Organisma ini terbentuk dan terawet semasa lapisan batuan itu bertindih- tindih. | UMUM | |
TEILHARD DE CHARDIN, PIERRE | Teilhard de Chardin, Pierre (1881–1955) ialah ahli paleontologi (pakar dalam fosil) Perancis. Dia membantu menemui manusia Peking, salah satu jenis manusia terawal. Walau bagaimanapun, kemasyhuran Teilhard yang utama terletak pada teorinya tentang penyatuan evolusi kosmos dan agama Kristian. | UMUM | |
BROOM, ROBERT | Broom, Robert (1866–1951), ahli anatomi dan ahli paleontologi Scotland yang membuat penemuan fosil yang penting di Afrika Selatan. | UMUM | |